Khamis, 21 November 2013

WINAMP MEDIA PLAYER: BAKAL BERAKHIR DISEMBER INI

Suatu ketika dulu, Winamp merupakan salah satu pemain media yang popular. Mula diperkenalkan pada April 1997, dan kini selepas lebih kurang 16 tahun hadir ke pasaran, Winamp bakal ditamatkan dan tiada lagi kemaskini akan diperkenalkan selepas 20 Disember 2013.

Winamp sedia ditawarkan bukan sekadar untuk komputer Windows sahaja, tetapi turut sama untuk peranti Android. Ia sedia terkenal untuk pengurusan fail MP3, disamping tawaran tema yang berbeza mengikut minat pengguna.

Selepas tarikh 20 Disember 2013 ini, laman Winamp.com akan ditutup, sekaligus membuatkan tiada lagi tawaran muat-turun untuk Winamp Media Player selepas tarikh tersebut.

Bagi yang berminat, masih boleh memuat-turun versi stabilnya hari ini, dan kekal menggunakannya selepas tarikh tersebut. Namun, tiada sebarang kemaskini akan diterima untuknya selepas terikh berkenaan.

Teman pernah men'DJ' menggunakan Winamp ni sekitar tahun 2005. Sewaktu aktif ber'Mirc. 


0 ulasan: