Jumaat, 14 Mei 2010

'ANUAR' @14hb MEi


Hari ini 14hb MEI, jam 11.30 pagi, 38tahun yang lalu, bergema tangisan seorang bayi yang begitu comel sangat~sangat (kata Maksu aku) di Hospital daerah Batu Gajah. Bayi tu adalah anak pertama@sulung kepada pasangan Amin B. Yusuf dan Salmah Binti Sankan. Diberi nama ANUAR. Yang membawa makna "bercahaya".. Bercahaya ke aku??? Waktu tu Mak berusia 21 tahun. seperti yang tercatat di dalam daftar Beranak bernombor C034XX..

Pasti Mak rasa sakit yang teramat sangat. Bertarung nyawa demi aku. Pengorbanan sorang wanita bergelar ibu. 9bulan berada dalam rahim Mak. Tak dapat aku gambarkan kasihsayang Mak terhadap aku. Itu yang mampu aku coretkan di sini.

Kini, 14hb Mei 2010, saat aku menulis catatan ni... aku terkenangkan Arwah Abah. Tak jemu aku sedekahkan surah Al Fatihah untuk beliau. Aku benar-benar RINDU. Aku RINDU segala-gala tentang ABAH. Tak dapat aku nafikan, abah seorang yg baik terhadap aku. Aku yakin, aku paling beliau sayang. Setiap permintaan aku, tak pernah beliau hampakan. Abah baik. Macam aku. :)

Aku tak tahu kenapa.. mengapa... tiap kali tiba 14hb Mei aku sedih... Sebak. Sama seperti hari ini. Saat ini, aku rasa sedih. Jujur aku katakan, setiap kali ulangtahun kelahiran aku.. bila ditanya tentang "azam", aku gelengkan kepala. Aku tak pernah punya azam dalam hidup aku. Bagi yang benar2 rapat mengenali aku, tentu faham. So, tahun ni pun seperti tahun-tahun yang lalu-aku tak de azam.

Lagi satu, aku cuma pernah sekali menyambut HariJadi aku dengan meniup lilin dan memotong kek dalam hidup aku. Jadi, 14hb Mei ni, tak membawa makna apa-apa kepada aku. Cuma yang aku tahu, usia aku meningkat. Dah makin tua. Makin dekat dengan kematian. Aku perlu persiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan aku menuju ke "alam yang kekal abadi".

Tahun ini, aku berdoa semoga Allah membuka pintu hati aku untuk sentiasa tunduk dan beriman kepadaNya. Semoga aku diberikan taufik & hidayah... Insya Allah. Kepada semua yang memberi ucapan serta doa kepada aku samada kat FACEBOOK atau SMS dan TELEFON, jutaan terima kasih yang tak terhingga atas doa kalian. Moga persahabatan serta kasih sayang antara kita berkekalan selamanya... amin.

Jumaat, 7 Mei 2010

Menangguk DiAir Keruh.


Allahyarham Aminulrasyid Amzah, seorang remaja berumur 15tahun yang meninggal dunia akibat ditembak oleh Polis menjadi isu politik oleh Pakatan Rakyat. UMNO dan BN dipersalahkan atas apa yang berlaku. Inilah corak politik Malaysia hari ini.

KEADILAN UNTUK AMIRULRASYID kata Pakatan Rakyat. Bangang~!!! Bukan niat teman nak menutup kecuaian pihak PDRM. Tetapi berfikirlah secara waras. Sebagai rakyat yang dah sekian lama merdeka. Kita kena melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Bukan dipolitikkan dalam mencari kelemahan kerajaan.

Remaja ini telah melakukan pelbagai kesalahan sehingga membawa kepada kematiannya. Teman rasa semua faham yang hari ini begitu banyak kes jenayah. Pihak Polis ada ketikanya terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang memiliki senjata api.

PAS selaku sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam turut sama hanyut dengan DAP dan PKR yang menjadi sekutunya. Sejauh manakah ulamak PAS melihat ini sebagai sebuah Qada & Qadar. Ajal maut ketentuan Allah. Sudah menjadi ketentuan Allahyarham menemui ajal dengan cara sedemikian.

Hari ini siasatan sedang dijalankan. Yang pasti, Arwah Aminulrasyid bersalah kerana memandu kenderaan tanpa lesen. Kereta yang dipandu bolehlah dikategorikan sebagai kereta curi biarpun milik kakaknya.

Teman tahu perkara ini tidak berlaku atas keluarga teman. Tapi jika ini yang berlaku, teman tak akan membenarkan mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini. Macam teman katakan tadi, ini sebahagian ketentuan Allah yang telah tersurat.

Klik baca ... Penulis blog ini mengaku menjadi orang pertama yang menemui rakan mangsa (Adik Azamuddin) sebelum lapuran Polis dibuat. MUNGKIN lapuran serta kenyataan sidang media Adik Azamuddin telah dipengaruhi oleh penulis ini yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat.

Menangguk di air yang keruh. Itulah sikap pembangkang negara ini.


Isnin, 3 Mei 2010

SEMBANG KEDAI KOPI

Malam tadi aku berkesempatan minum bersama rakan-rakan politik. Berborak~borak. Bertukar-tukar pandangan. Antara isu menarik ~ Hala tuju PEMUDA UMNO bahagian aku ~.. Menarik~!! Aku bagi pandangan. Kengkawan nampak mengangguk-anggukkan kepala. Nampak serius seserius aku meluahkan pandangan. Sambil dalam kotak fikiran masing-masing berfikir kot sejauh mana kebenaran kata-kata yang keluar dari mulut aku.. Realistik & Drastik~!!! Hehehe... Nampak gayanya mereka berkeyakinan. Jelas kelihatan semangat di raut wajah mereka. Akan aku duplicate pengalaman aku di Jempol.

Sekarang, terserah kepada aku untuk memulakan gerak kerja ini. Mereka berjanji akan memberi sokongan demi masa depan generasi Melayu bahagian aku khususnya. Cukuplah selama ini diperkotak-katikkan. Pemuda hari ini dipimpin oleh Melayu yang DAYUS~!!! Yang berkepentingan sendiri. "Sendiri" yang membawa maksud Gila Kuasa, Gila Projek dll, Gila yang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi. Usah mimpilah mereka nak memikirkan rakan-rakan pemuda cawangan.

Akhir kata aku bersama mereka, "Insya Allah". Beri aku masa memikirkan perkara ini. Aku sanggup lakukan demi masa depan tetapi aku akan terlebih dahulu memohon petunjuk dari Allah SWT. Restu dari DIA Yang Maha Berkuasa.
Insya Allah.....