Rabu, 3 November 2010

Sekelumit R A S A

Aku ingin menulis. Ingin meluahkan sekelumit rasa. Yang pasti dari sekelumit itu adalah rasa kecewa.

Kenapa mesti rasa KECEWA yang ingin aku tintakan di blog aku ini??? Sebab rasa KECEWA itu adalah sebahagian besar dari bahagian-bahagian yang mewarnai hidup aku.

Persoalannya, bagaimana harus aku mulai??? Hurmmmm...

Aku cuba untuk sembunyikan tiap perkara yang menimpa. Memendam setiap rasa. Tapi di dada ni dah begitu banyak terpendam. Tak mampu unuk aku terus memendam. Lalu aku gagahi untukk aku tuliskan di ruangan b l o g milik aku sendiri...

Rabu, 4 Ogos 2010

RENUNG-RENUNGKAN

Sabda Rasulullah : " Sesungguhnya Orang Mukmin itu Bersaudara "

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

*Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

*Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

*Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

*Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

*Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.


Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

*Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
*Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
*Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
*Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
*Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
*Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
*Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

MENANGIS YANG DITUNTUT OLEH SYARIAT


Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat. Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total... jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).


**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**


PENYAKIT WAHAN IALAH ANTARA PENYAKIT PALING BAHAYA BAGI UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN

Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - Hadis riwayat Abu Daud

Khamis, 1 Julai 2010

MAKAN MALAM @JUBLI PERAK SEMESTI

Megat, aku & Ucin
Makan malam
SEMESTI SPM'89


Khamis, 17 Jun 2010

AKU & ABAH


Like father Like son...

Sentuhanmu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-TeamMelodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Enhanced by Zemanta







Selasa, 15 Jun 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

5hb yang lalu, aku menjalankan tanggungjawab sebagai anak pertama dalam keluarga aku setelah ditinggalkan abah untuk selamanya. Aku menjadi wali menikahkan adik perempuan aku. Tapi, aku mewakilkan pernikahan tersebut kepada Naib Kadi agar urusan ijab kabul berjalan dengan lancar.

Muhsin menyarungkan cincin ke jari Faezah selepas sah sebagai suami isteri



Pengantin perempuan

ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan dengan lancar. Selesai upacara pernikahan, aku terus menjadi ketua menyambut tetamu yang datang ke kenduri perkahwinan pulak. Pengalaman yang menyeronokkan. Sehingga jam 2.00 petang, aku melayan tetamu yang datang. Paling mengejutkan aku serta lain2 tetamu apabila YB Dato' Hj Tajuddin sudi hadir meraikan Majlis Perkahwinan adinda aku.





Jutaan terima kasih buat semua para jemputan yang hadir bagi memeriahkan Majlis Perkahwinan tersebut. Aku masih punya seorang lagi adik perempuan tapi masih bersekolah. Untuk majlis dia nanti, Insya Allah aku dah punya pengalaman. Kalau boleh, aku sendiri nak menikahkan dia nanti. Jika dengan izin Allah.

Apa yang pasti, Majlis ni pasti lebih meriah jika arwah abah ada. Beliau pasti sibuk. Senyum pasti senantiasa terukir dibibirnya. Tak kurang juga jenaka beliau dengan tetamu yang hadir. Al Fatihah buat arwah abah. Maaf jika anakanda tidak mampu menjadi ketua keluarga yang baik, sebaik abah.

Moga pasangan pengantin *FAEZAH & MUHSIN* kekal bahagia ke akhir hayat... amin


Kepenatan selepas melayan tetamu...

Ahad, 6 Jun 2010

Yop & Along


Sewaktu PRK Bagan Pinang.. Makan malam bsama YAB MB Perak.

Jumaat, 14 Mei 2010

'ANUAR' @14hb MEi


Hari ini 14hb MEI, jam 11.30 pagi, 38tahun yang lalu, bergema tangisan seorang bayi yang begitu comel sangat~sangat (kata Maksu aku) di Hospital daerah Batu Gajah. Bayi tu adalah anak pertama@sulung kepada pasangan Amin B. Yusuf dan Salmah Binti Sankan. Diberi nama ANUAR. Yang membawa makna "bercahaya".. Bercahaya ke aku??? Waktu tu Mak berusia 21 tahun. seperti yang tercatat di dalam daftar Beranak bernombor C034XX..

Pasti Mak rasa sakit yang teramat sangat. Bertarung nyawa demi aku. Pengorbanan sorang wanita bergelar ibu. 9bulan berada dalam rahim Mak. Tak dapat aku gambarkan kasihsayang Mak terhadap aku. Itu yang mampu aku coretkan di sini.

Kini, 14hb Mei 2010, saat aku menulis catatan ni... aku terkenangkan Arwah Abah. Tak jemu aku sedekahkan surah Al Fatihah untuk beliau. Aku benar-benar RINDU. Aku RINDU segala-gala tentang ABAH. Tak dapat aku nafikan, abah seorang yg baik terhadap aku. Aku yakin, aku paling beliau sayang. Setiap permintaan aku, tak pernah beliau hampakan. Abah baik. Macam aku. :)

Aku tak tahu kenapa.. mengapa... tiap kali tiba 14hb Mei aku sedih... Sebak. Sama seperti hari ini. Saat ini, aku rasa sedih. Jujur aku katakan, setiap kali ulangtahun kelahiran aku.. bila ditanya tentang "azam", aku gelengkan kepala. Aku tak pernah punya azam dalam hidup aku. Bagi yang benar2 rapat mengenali aku, tentu faham. So, tahun ni pun seperti tahun-tahun yang lalu-aku tak de azam.

Lagi satu, aku cuma pernah sekali menyambut HariJadi aku dengan meniup lilin dan memotong kek dalam hidup aku. Jadi, 14hb Mei ni, tak membawa makna apa-apa kepada aku. Cuma yang aku tahu, usia aku meningkat. Dah makin tua. Makin dekat dengan kematian. Aku perlu persiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan aku menuju ke "alam yang kekal abadi".

Tahun ini, aku berdoa semoga Allah membuka pintu hati aku untuk sentiasa tunduk dan beriman kepadaNya. Semoga aku diberikan taufik & hidayah... Insya Allah. Kepada semua yang memberi ucapan serta doa kepada aku samada kat FACEBOOK atau SMS dan TELEFON, jutaan terima kasih yang tak terhingga atas doa kalian. Moga persahabatan serta kasih sayang antara kita berkekalan selamanya... amin.

Jumaat, 7 Mei 2010

Menangguk DiAir Keruh.


Allahyarham Aminulrasyid Amzah, seorang remaja berumur 15tahun yang meninggal dunia akibat ditembak oleh Polis menjadi isu politik oleh Pakatan Rakyat. UMNO dan BN dipersalahkan atas apa yang berlaku. Inilah corak politik Malaysia hari ini.

KEADILAN UNTUK AMIRULRASYID kata Pakatan Rakyat. Bangang~!!! Bukan niat teman nak menutup kecuaian pihak PDRM. Tetapi berfikirlah secara waras. Sebagai rakyat yang dah sekian lama merdeka. Kita kena melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Bukan dipolitikkan dalam mencari kelemahan kerajaan.

Remaja ini telah melakukan pelbagai kesalahan sehingga membawa kepada kematiannya. Teman rasa semua faham yang hari ini begitu banyak kes jenayah. Pihak Polis ada ketikanya terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang memiliki senjata api.

PAS selaku sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam turut sama hanyut dengan DAP dan PKR yang menjadi sekutunya. Sejauh manakah ulamak PAS melihat ini sebagai sebuah Qada & Qadar. Ajal maut ketentuan Allah. Sudah menjadi ketentuan Allahyarham menemui ajal dengan cara sedemikian.

Hari ini siasatan sedang dijalankan. Yang pasti, Arwah Aminulrasyid bersalah kerana memandu kenderaan tanpa lesen. Kereta yang dipandu bolehlah dikategorikan sebagai kereta curi biarpun milik kakaknya.

Teman tahu perkara ini tidak berlaku atas keluarga teman. Tapi jika ini yang berlaku, teman tak akan membenarkan mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini. Macam teman katakan tadi, ini sebahagian ketentuan Allah yang telah tersurat.

Klik baca ... Penulis blog ini mengaku menjadi orang pertama yang menemui rakan mangsa (Adik Azamuddin) sebelum lapuran Polis dibuat. MUNGKIN lapuran serta kenyataan sidang media Adik Azamuddin telah dipengaruhi oleh penulis ini yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat.

Menangguk di air yang keruh. Itulah sikap pembangkang negara ini.


Isnin, 3 Mei 2010

SEMBANG KEDAI KOPI

Malam tadi aku berkesempatan minum bersama rakan-rakan politik. Berborak~borak. Bertukar-tukar pandangan. Antara isu menarik ~ Hala tuju PEMUDA UMNO bahagian aku ~.. Menarik~!! Aku bagi pandangan. Kengkawan nampak mengangguk-anggukkan kepala. Nampak serius seserius aku meluahkan pandangan. Sambil dalam kotak fikiran masing-masing berfikir kot sejauh mana kebenaran kata-kata yang keluar dari mulut aku.. Realistik & Drastik~!!! Hehehe... Nampak gayanya mereka berkeyakinan. Jelas kelihatan semangat di raut wajah mereka. Akan aku duplicate pengalaman aku di Jempol.

Sekarang, terserah kepada aku untuk memulakan gerak kerja ini. Mereka berjanji akan memberi sokongan demi masa depan generasi Melayu bahagian aku khususnya. Cukuplah selama ini diperkotak-katikkan. Pemuda hari ini dipimpin oleh Melayu yang DAYUS~!!! Yang berkepentingan sendiri. "Sendiri" yang membawa maksud Gila Kuasa, Gila Projek dll, Gila yang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi. Usah mimpilah mereka nak memikirkan rakan-rakan pemuda cawangan.

Akhir kata aku bersama mereka, "Insya Allah". Beri aku masa memikirkan perkara ini. Aku sanggup lakukan demi masa depan tetapi aku akan terlebih dahulu memohon petunjuk dari Allah SWT. Restu dari DIA Yang Maha Berkuasa.
Insya Allah.....

Sabtu, 24 April 2010

~Ikut KP Pasir Salak ke Hulu Selangor~


Kat Majlis Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di dewan Kg Gesir. Turut hadir Pak Abu ~ Veteran UMNO ( Pengerusi Tetap UMNO Bhgn Pasir Salak.


Azwan menyampaikan hadiah berupa "hamper" kepada 5 pemenang cabutan bertuah.






Azwan bersama Dato' Firdaus yang kebetulan berceramah di bilik gerakan yg sama dengan Azwan..

[ 23hb APRiL 2010 ]
::::--
Aku sempat meluangkan masa berkunjung ke P094 Hulu Selangor.. Escort Azwan ke Program Peti Undi Angkat di Gedangsa.. kebetulan YD Dato' Hj Tajuddin ada Prog Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di dewan terbuka Gesir.. Aku pergi bersama NKP, Hamid & Mizul menaiki kereta Proton PERDANA Hamid.. sampai di Slim River jam 6.45pm.. Terpaksa tunggu Azwan yang smpai pada jam 8.27pm..


Along datang menjemput.. terus bergerak ke Kg Gesir... Azwan tundakan Prog dia ke pukul 10.00malam bagi beliau sama-sama mengikuti prog YB Dato'.. Sempat makan2.. tepat jam 10mlm bergerak ke Gedangsa..

Bergerak balik jam 12.15pagi.. pak Abu ajak singgah di Restoran Salim Bidor.. singgah pekena teh.. terus bergerak balik ikut Tapah... Smpai rumah jam 2.45pagi..

Letih... Ngantuk.. sok kena ke sana lagi.. cam biasa~ ESCORT BOSS ke SKC pulak..

Ahad, 18 April 2010

لا إله إلا الله محمد رسول الله


Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang DiSembah Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH..

Rabu, 7 April 2010

BLUR...

Malam ni malas nak keluar.. Walau ada jemputan suruh gak aku keluar.. Xboley guys.. Minit Mesyuarat JKKK lom siap lagi.. Saat aku tulis blog ni, dah siap yang bulan lepas.. Bulan lepas xde pengesahan minit kerana mesyuarat itu turut dihadiri oleh JKKK Kampung Baru.. SO, minggu ni terpaksa la disahkan.. Kalu tak siap camne nak sah.. Tp aku akan siapkan gak sebelom pukul 3ptg esok..

YAKiN BOLEH~!!!!!!!!
c:\\document\anuaramin\jkkkTPR2010

Selasa, 6 April 2010

Pilihanraya Kecil P094


aku akan ke P094 demi perjuangan memartabatkan Agama Bangsa & Negara..

Ofis baru..

Besok aku akan berada di pejabat..Pejabat Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak.. Bersama aku di pejabat tersebut, seorang kerani.. Hurmmm...

Berkali-kali aku diperingatkan oleh Boss aku.. kerani tu isteri orang, bukan awek solo yang masih single.. Aku masih punya tuhan.. Aku masih tahu hukum tuhan..

Apapun.. aku tetap memanjatkan doa agar aku sentiasa dalam peliharaan ALLAH SWT.. amin.

~Frust~

Aku rasa betul2 frust.. kecewa.. tension.. gila.. bodoh.. sumer ader~!!! Rasa dipermainkan.. Diperbodohkan.. ~MACAM_MACAM ADA~!!!!!

Tp.. tiba-tiba, aku mendapat sms yg menghulurkan salam perkenalan... **BLANK**

Aku juga terkejut bila UMNO Bahagian PASIR SALAK akan menjaga peti undi di Kuala Selangor.. di dalam kawasan *ex* aku.... Aku terpaksa mengetuai Jentera PEMUDA.. Ish.. Kenapa semua dugaan ni datang?? Hurmmmm..... Aku yakin & pasti, aku akan bertemu ~DIA~.. Aku akan ke sana dalam sehari dua ni untuk menguruskan rumah.. serta beberapa persiapan.. *Thanks Olex Siber yg byk membantu..

Isnin, 5 April 2010

~AKU~


~Aku~

Aku akan teruskan perjuangan ini.. Dengan semangat baru.. Akan aku singkirkan setiap wanita dari hidup aku.. Demi AGAMA.. BANGSA.. NEGARA..

~antara Cinta & Cita-Cita~

aku tersepit antara kedua-duanya..............................................

Rabu, 24 Mac 2010

HAKIKAT KEHIDUPAN








Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling Herat
Yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,
Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

11 UMNO BAHAGIAN CUBA JATUHKAN MB PERAK??

Artikel yang dikeluarkan oleh SINAR HARIAN mengatakan bahawa terdapat 11 BAHAGIAN CUBA JATUHKAN MB. Lebih menghairankan apabila kenyataan ini hanya berani didedahkan oleh Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini. Kenapa tidak ada Ketua Cawangan lain turut tampil kehadapan jika benar senario ini berlaku pada masa ini. Apakah tidak cukup pengajaran terhadap orang UMNO setelah kita kalah di tangan Pakatan Rakyat selama 11 bulan.

Kenapa pula perlu ada 11 bahagian yang ingin menjatuhkan MB. Atas dasar apa gerakan ini dibuat, adakah mereka merasakan pilihan YAB DS Najib Tun Razak merupakan satu pilihan yang salah? Adakah 11 Ketua Bahagian ini merasakan mereka cukup hebat untuk mentadbir dan menggantikan YAB DS Dr Zambry sebagai MB Perak. Siapa tahu, berkemungkinan setiap 11 bahagian ini juga mempunyai masalah dalaman yang tersendiri. Pendek kata, tepuk dada, tanya diri. Anda mampu menilai kemampuan diri anda!!!

Adalah lebih baik Ketua Bahagian yang ada masa kini terutama kepada ke-11an yang diperkatakan, memperkemaskan kerjasama di peringkat bahagian masing-masing. Buktikan bahawa sebagai Ketua Bahagian yang telah dipilih, anda sememangnya mampu untuk bekerja dan bukan pula hanya mampu untuk MENGAMPU untuk mendapatkan kuasa yang lebih tinggi. Ini bukan masanya untuk menunjukkan siapa yang hebat dikalangan kita, sebaliknya ini masa untuk MEMENANGI HATI RAKYAT untuk kembali menjadi JUARA RAKYAT agar kita akan terus diterima, DULU, KINI dan SELAMANYA!!!

Apa yg menjadi persoalan teman, antara 11 bahagian yang diperkatakan.. apakan Bahagian PASIR SALAK juga terlibat???????~!!!!

The Body Strongest Muscle is Our Tongue..


Betul ker?? Lidah merupakan otot tubuh kita yg paling kuat.. Ermm.. itu hasil kajian.. Selagi tidak menyalahi hukum syarak, kita sbg Muslim boleh menerimanya.. Tetapi, apa peranan lidahg yg paling utama?? Bayangkan kita pada hari ini.. tak de lidah.. CAMNER???

Musuh..

Hari ini, aku dah punyai musuh.. Bukan aku yg cari.., tp mereka yg memusuhi aku juga sebenarnya tanpe rela nak memusuhi aku.. Mgkin terpaksa.. Yang pastinya, aku kena senantiasa berhati2.. dalam segala aspek. Banyak peringatan yang aku dah terima.. Lebih malang, kawan baik aku rupanya antara musuhg paling agresif aku.

Mungkin suatu ketika aku akan dikasari.. ditumbuk.. dan macam2 lagi.. Tapi aku berharap agar mereka yang berniat begitu tidak memandang rendah atau memperlekehkan aku... Silap haribulan, mereka yang akan merana.. terseksa.. Dan sesungguhnya, aku tidak pernah memandang rendah kepada sesiapa pun..

Anyway.. Moga ALLAH akan sentiasa memelihara keselamatan aku sentiasa dan tiap ketika.. Insya Allah..

Rabu, 17 Mac 2010

Aku kat booth UMNO Bhgn Pasir Salak @Juara Rakyat

Aku bersama rakan2 UMNO Bhgn Pasir Salak.. Hari terakhir di Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak. Sungguh memenatkan. Untuk program ni, aku kurang melibatkan diri secara langsung. Bukan apa... aku menyampah~!!!



Menyampah dgn beberapa org kepimpinan bahagian yg aku rasa cukup meluat. Org yg baru kenal politik, tp melabelkan diri mereka cukup hebat. Jealous??? Aku tak ponah jeles ngan sape2 dlm politik ni.. Sebaliknya, deme yang jeles.. Jeles bila aku dilantik oleh Ketua Pemuda Bahagian sebagai PA.



Dan aku tak pernah bangga dilantik PA.. Walau ramai yg mengidam jawatan aku tu.. Kalau teringin sangat, dgn senang hati aku boleh bagi.. Serah je. Tanpa kompromi..



Apa yang penting perjuangan bangsa, agama & negara. Bukan perjuangan memenangi pemilihan AJK Bhgn. Dah menang sibuk dgn PROJEK.. Celaka mana2 individu yg memegang prinsip ini dlm politik. Mereka yg aku meluat ni, memegang prinsip yang aku cakapkan tadi...



Nak aku sebut ke nama mereka??? Tak payah ler.. Deme bukan nak ngaku pun walau seluruh Pasir Salak dah sibuk bercakap ttg deme tu...

~BENGANG~

Aku tension.. bengang~!! Banyak perkara yg berlaku dlm idup aku kebelakangan ni.. Yang menguji tahap kesabaran aku.. menguji kewarasan akal aku.. Moga Allah yang aku cintai akan memberi aku ketabahan serta perlindungan..

.... amin.

Ahad, 14 Februari 2010

VALENTINE DAY


14hb FEB dikenali sebagai 'Valentine Day' atau Hari Memperingati Kekasih.. Tapi, bagi kita umat Islam sebenarnya diHARAMkan untuk menyambut serta meraikannya. Tapi, tanpa sedar atau tidak, ramai antara kita meraikannya. Dimana silapnya?? Aku yakin kita tahu yang Valentine Day ni pengaruh dari agama lain. Mereka memperingati seorang paderi.

So... aku memang tak pernah meraikan Hari Kekasih ni.. Mungkin aku sejak dulu memang tak ade kekasih.. kata org Perak "tak mandang".. Tak ada org yang kasihkan aku.. Ye laaa.. aku ni ghope bughuk, gheta "tak mandang".. tu pasal tak ada yg berkenan.. uuuWaaaaaaaaaaaa...

Apapun, bagi aku ler.. kita nak sentiasa Kasih Sayang sepanjang masa, sepanjang hari & sepanjang tahun.. Buat apa nak adakan "sehari" jer.. kepada yang sayang & kasihkan aku, aku pun kasih & sayang kat deme gak.. Kasih & Sayang kerana ALLAH..

sekian.....

p/s : 'tak mandang' bermakna 'tak ada'.. ye le.. memang tak ada pOwn... isk.

Sungai Perak


Sungai Perak.. Foto ni aku ambik waktu musim tengkujuh yang lepas.. Betul2 depan rumah Mak aku ( Rumah dimana aku dibesarkan) Memang air pasang sangat masa ni..

Dulu, aku boleh dikatakan hari2 akan mandi & berenang dgn pelbagai gaya (kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya boye ngendap mangsa pun aku reti & pelbagai gaya lagi yg perenang negara tak bole buat ). Tak percaya?? Leh ajak mana2 perenang negara cuba try test berenang ngan aku kat sungai nih.. Berenang di sungai berbeza berenang di kolam. Arus sungai yang deras ni cepat memenatkan.

Tapi hari ni aku sendiri dah cuak nak terjun sungai nih.. Bukan takut apa, cuma aku takut satu jer.. Ikan BUNTAL.. Tajam gila gigi ikan tu.. Sekali dia 'cagut' (loghat org tmpat aku), tak dapat aku bayangkan.. Apa lagi kalau dia pi 'cagut' kat 'situ'... Leh cacat oOoO...

Sebab tu, hari ni aku ambik keputusan mandi kat kolah rumah bje.. Walau kadang2 rindukan kehangatan air sungai tu tambahan lak berendam pada waktu malam... berasap je badan aku... Satu lagi, bila berada di tepi sungai ni, aku teringatkan arwah abah aku.. nostalgia.. Arwah selalu mandi kat sungai ni waktu hayatnya.. arghhh~!!! Rindu giler kat abah..

Jumaat, 12 Februari 2010

LukaDukaHatiAku

Seronok ke melukakan ati org lain~??? Apa yg kita dapat ek??? Aku tak dididik oleh kedua org tua aku tuk melukakan ati & prasaan org.. Itu jelas dan pasti.. Aku ingat smpai bila2 pun... Yg selalu Mak & Abah aku pesan, "Biarla orang lain buat apa je kat kita, redha... pasrah.. dan berserah je diri kat Allah.. Insya Allah, Dia Maha Mengetahui"..

sO.. aku pasrah.. aku berserah.. untuk ke sekian kalinya.

Moga Allah ampunkan dosa almarhum ayahanda aku.. Ya Allah, Kau tempatkanlah abah aku disisi para syuhadaMu ... Al~Fatihah~!!

Khamis, 11 Februari 2010

cAndid cAmera~!!

...................................nuaramin
........sekretariat pemuda prihatin.....


IBU.... ENGKAULAH RATU HATiKU.


Puan SALMAH.. Perempuan yang paling aku sayang dalam dunia nih.. Berumur 58 Tahun.. Seorang wanita yang begitu tabah dalam dunia nih.. Beliau berjaya membesarkan 10 orang anak di dalam kehidupan yang serba dhaif.. Bersawah dan menoreh getah antara pekerjaan cukup berat yang pernah beliau lakukan demi mengisi perut anak-anaknya yang tersayang.. Sebagai anak sulung, aku dapat melihat.. malah merasakan susah payahnya, keperitan hidupnya.. Moga 10 orang anak-anaknya mampu menyayangi beliau yang kini keseorangan.. tanpa suami tercinta.. ABAH aku yang telah dahulu pergi menyahut panggilan Ilahi.. LOVE U Mak~!!!

( Bersama adinda Faezah di Pahang )

Jumaat, 29 Januari 2010

AKU sebagai Pegawai Khas Kepada KP Bahagian Pasir Salak

Majikan aku.. KHAIRUL AZWAN B. DATO' HARUN adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak... juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.. Terkini, YAB Dato' Seri Zambry melantik beliau sebagai CEO Yayasan Bina Upaya.. Sekalung TAHNiAH.. kepercayaan serta keyakinan seorang Menteri Besar.

Janji aku, aku akan cuba buat yg terbaik.. Bukan senang memperolehi keyakinan seseorang. Amanah tetap kita pikul.. di atas batu jemala paTik.. bukan mudah tapi berkat kesungguhan.. berkat usaha.. berkat keinginan.. Januari 2010, ada 5 Program yang agak besar.

TAHNIAH Bro~!!!! TERIMA KASIH atas PELANCARAN SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN.. budget agak besar.. Ini suatu pengiktirafan bagi aku.. Ye laa.. aku kan KETUA SEKRETARIAT PEMUDA PRIHATIN.. satu penghargaan yang tak ternilai.. Moga program 31hb JANUARI 2010 ni, berjaya... Matlamat bersama didukung. Bagi penerima bantuan yang Azwan hulurkan, pasti diiringi doa yang baik. Doa aku... mOga doa-doa mereka yang baik, diMAKBULKAN ALLAH SWT.. Insya Allah.

Berdebar menantikan 31hb JANUARI 2010..