Sabtu, 31 Mac 2012

2 MAUT TERKENA RENJATAN LETRIK

First of all... Inna lillah wainna ilaihi rojiun.. Al-Fatihah...

Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut di Tanah Merah terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri.

Khamis, 29 Mac 2012

BAYARAN PINJAMAN PTPTN DIKECUALIKAN


"Dapatkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jika mahu pengecualian bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional", cabar Pengerusi PTPTN Datuk Mohamad Ismail Said kepada peminjam.

Bayaran balik PTPTN perlu bagi membantu pelajar-pelajar lain kerana RM5 bilion diperlukan setiap tahun dengan RM3.37 bilion diperuntukan kepada peminjam sedia ada dan RM1.68 bilion lagi kepada peminjam baru. Setakat 29 Februari seramai 11,764 peminjam dikecualikan bayaran balik kerana kejayaan itu. Kita lupuskan bayaran RM339 juta babitkan 2,445 pelajar Bumiputera dan 9,319 bukan Bumiputera," katanya.

Beban bayaran balik juga boleh dikurangkan dengan pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah dengan penurunan kadar caj daripada tiga kepada satu peratus. Dengan pertukaran itu, setiap peminjam dapat diskaun antara RM3,000 hingga RM5,000. Dan seramai 836,408 peminjam sedia ada layak malah sehingga Februari, 561,120 peminjam telah mengemaskini maklumat pertukaran tersebut.

Pembangkang memainkan dua faktor ini untuk menarik simpati dan sokongan rakyat. Mat Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan menuntut supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.


Perhimpunan itu diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.


AnuarAmin ~ Sekali lagi mahasiswa dipergunakan. Ini ke partii yang mengaku perjuangkan Islam!!! Haktuiihhhhhhh!!!~


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 25 Mac 2012

PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD HILIR PERAK

KHAMIS 22hb MAC : Saudara Khairul Azwan B. Dato Harun telah dijemput untuk merasmikan Penutup Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hilir Perak yang berlangsung di Kompleks Sukan Sabak Bernam.

Kejohanan tersebut terpaksa dianjurkan di Sabak Bernam yang terletak di Selangor kerana Teluk Intan tidak memiliki Padang Balapan.

Dalam ucapan perasmian, beliau berkata bahawa Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak 3.7 juta bagi membina Kompleks Sukan Hilir Perak yang lengkap dengan Padang Balapan di SMK Sri Kandi, Teluk intan.

Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda Negeri Perak akan cuba berbincang dengan kepimpinan kerajaan negeri agar pembinaan kompleks tersebut dapat dibina pada tahun ini.

Selasa, 20 Mac 2012

NASIHAT IMAM IBNUL QAYYIM

Ulama Islam yang terkenal al-Imam Ibnu Qayyim berkata perihal hati yang hidup.
Terdapat enam perkara hati yang hidup iaitu :

1. Dalam hati manusia terdapat kekuatan : Tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah.

2. Dalam hati terdapat keganasan : Tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.

3. Dalam hati terdapat kesedihan : Tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah dan baik muamalah (perhubungan) dengan-Nya.

4. Dalam hati terdapat kegelisahan : Tidak tenang dan damai kecuali berjumpa dengan-Nya dan lari menuju-Nya.

5. Dalam hati terdapat api penyesalan : Tidak padam kecuali redha dengan suruhan-Nya, larangan-Nya, qadha-Nya, dan sentiasa sabar sehingga menemui-Nya.

6. Dalam hati terdapat hajat : Tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepada-Nya, memohon kepada-Nya, sentiasa berzikir kepada-Nya dan keikhlasan kepada-Nya. Andai dunia dan seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini.
 
Berikut ini sepuluh nasihat Ibnul Qayyim rahimahullah untuk mencapai kesabaran diri agar tidak terjerumus dalam perbuatan maksiat:

•PERTAMA, hendaknya hamba menyadari betapa buruk, hina dan rendah perbuatan maksiat. Dan hendaknya dia memahami bahwa Allah mengharamkannya serta melarangnya dalam rangka menjaga hamba dari terjerumus dalam perkara-perkara yang keji dan rendah sebagaimana penjagaan seorang ayah yang sangat sayang kepada anaknya demi menjaga anaknya agar tidak terkena sesuatu yang membahayakannya.

•KEDUA, merasa malu kepada Allah… Karena sesungguhnya apabila seorang hamba menyadari pandangan Allah yang selalu mengawasi dirinya dan menyadari betapa tinggi kedudukan Allah di matanya. Dan apabila dia menyadari bahwa perbuatannya dilihat dan didengar Allah tentu saja dia akan merasa malu apabila dia melakukan hal-hal yang dapat membuat murka Rabbnya… Rasa malu itu akan menyebabkan terbukanya mata hati yang akan membuat Anda bisa melihat seolah-olah Anda sedang berada di hadapan Allah…

•KETIGA, senantiasa menjaga nikmat Allah yang dilimpahkan kepadamu dan mengingat-ingat perbuatan baik-Nya kepadamu……

Apabila engkau berlimpah nikmat, maka jagalah, kerana maksiat akan membuat nikmat hilang dan lenyap.

Barang siapa yang tidak mau bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya maka dia akan disiksa dengan nikmat itu sendiri.

•KEEMPAT, merasa takut kepada Allah dan khawatir tertimpa hukuman-Nya

•KELIMA, mencintai Allah… karena seorang kekasih tentu akan menaati sosok yang dikasihinya… Sesungguhnya maksiat itu muncul diakibatkan oleh lemahnya rasa cinta.

•KEENAM, menjaga kemuliaan dan kesucian diri serta memelihara kehormatan dan kebaikannya… Sebab perkara-perkara inilah yang akan bisa membuat dirinya merasa mulia dan rela meninggalkan berbagai perbuatan maksiat…

•KETUJUH, memiliki kekuatan ilmu tentang betapa buruknya dampak perbuatan maksiat serta jeleknya akibat yang ditimbulkannya dan juga bahaya yang timbul sesudahnya yaitu berupa muramnya wajah, kegelapan hati, sempitnya hati dan gundah gulana yang menyelimuti diri… karena dosa-dosa itu akan membuat hati menjadi mati…

•KELAPAN, memupus buaian angan-angan yang tidak berguna. Dan hendaknya setiap insan menyadari bahwa dia tidak akan tinggal selamanya di alam dunia. Dan mestinya dia sadar kalau dirinya hanyalah sebagaimana tamu yang singgah di sana, dia akan segera berpindah darinya. Sehingga tidak ada sesuatu pun yang akan mendorong dirinya untuk semakin menambah berat tanggungan dosanya, karena dosa-dosa itu jelas akan membahayakan dirinya dan sama sekali tidak akan memberikan manfaat apa-apa.

•KESEMBILAN, hendaknya menjauhi sikap berlebihan dalam hal makan, minum dan berpakaian. Karena sesungguhnya besarnya dorongan untuk berbuat maksiat hanyalah muncul dari akibat berlebihan dalam perkara-perkara tadi. Dan di antara sebab terbesar yang menimbulkan bahaya bagi diri seorang hamba adalah… waktu senggang dan lapang yang dia miliki… karena jiwa manusia itu tidak akan pernah mau duduk diam tanpa kegiatan… sehingga apabila dia tidak disibukkan dengan hal-hal yang bermanfaat maka tentulah dia akan disibukkan dengan hal-hal yang berbahaya baginya.

•KESEPULUH, sebab terakhir adalah sebab yang merangkum sebab-sebab di atas… yaitu kekokohan pohon keimanan yang tertanam kuat di dalam hati… Maka kesabaran hamba untuk menahan diri dari perbuatan maksiat itu sangat tergantung dengan kekuatan imannya. Setiap kali imannya kokoh maka kesabarannya pun akan kuat… dan apabila imannya melemah maka sabarnya pun melemah… Dan barang siapa yang menyangka bahwa dia akan sanggup meninggalkan berbagai macam penyimpangan dan perbuatan maksiat tanpa dibekali keimanan yang kokoh maka sungguh dia telah keliru.

Marilah kita hayati nasihat-nasihat yang disampaikan oleh ulama muktabar Imam Ibnul Qayyim untuk menjadi pedoman kita dalam kehidupan sehari-hari untuk mencari keredaan Allah SWT.

(Diterjemahkan dari artikel berjudul 'Asyru Nashaa'ih libnil Qayyim li Shabri 'anil Ma'shiyah)

|DoubLe`A|: « Amal Ma'ruf Nahi Mungkar »

Sabtu, 17 Mac 2012

KEMUNGKINAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Pelbagai pihak mengatakan kedudukan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang melonjak akhir-akhir ini menjadi faktor pilihan raya mungkin diadakan pertengahan tahun ini.

Sinar Harian yang memetik Bloomberg semalam, Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei atau Jun ini. Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.

Memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

Pertanyaan ialah apakah Era Kepimpinan Najib mampu mengatasi Era di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad apabila kelima-lima pilihan raya yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu meraikan kelebihan majoriti dua pertiga.

Kenapa pencapaian demikian?

Menurut bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, faktornya ialah beliau memastikan masalah yang diperhatikan oleh rakyat dapat diselesaikan dan membolehkan mereka rasa selesa (feel good) sebelum plihan raya.

Nasihat Daim: "Kamu seharusnya memahami perasaan rakyat, golongan muda, penduduk Bandar, orang Melayu yang mendiami di rumah pangsa, orang Cina dan India, permintaan mereka adalah sama…akan tetapi, penduduk kampung adalah berbeza...Kerana itulah Najib turun padang, melawat mereka, berbual-bual dengan mereka, memahami keperluan mereka."

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI. "Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Daim turut meramalkan PRU 13 diadakah pada tahun ini. Sekiranya PRU semakin lama ditangguhkan, Barisan Nasianol (BN) bakal mewujudkan kesilapan yang lain, sementara Pakatan Rakyat (Pakatan) menghadapi pertikaian dalaman sesama komponen pakatan.

Dalam PRU yang akan datang ini, tanpa mengira BN atau Pakatan, masing-masing tidak mempunyai masa yang cukup, kata Daim.

Tetapi untuk kali pertama, BN yang diketuai oleh Najib, masih mempunyai kelebihan mengekalkan dominasinya. Namun wawasan BN mengambil alih majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen sukar dicapai.

Menurut Daim, Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan parlimen pada bulan Mac atau April. PRU13 dijangka diadakan pada hari cuti sekolah sekiranya cuti sekolah kali ini terlepas, kemungkinan pada cuti sekolah yang akan datang (26 Mei – 10 Jun).

Walaupun Daim berkata BN mempunyai kelebihan dalam PRU ini, namun mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan kali ini. Kemenangan dalam PRU ini bergantung kepada pihak yang mana kesilapannya adalah kurang.

Seperti juga Daim, Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.
 

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Namun itu bukan segala-galanya.

Persoalan yang sering ditanya apakah pembaharuan dan transformsi yang diperkenalkan Najib sudah membuahkan hasil?

Juga apakah dasar mesra rakyat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, bonus dan penambahbaikan skim perkhidmatan kepada penjawat awam diterima baik oleh rakyat?

Juga apakah BN sudah pasti mempunyai calon yang boleh memenangkan mereka dalam pilihan raya umum kali ini?

Di sebalik itu apakah tawaran pembangkang tidak mampu 'menggoda' rakyat?

Dan apakah rakyat percaya bahawa Ketua Pembangkang memang kaki 'liwat' serta menjadi tali barut Yahudi?

Juga apakah UMNO khususnya mampu meyakinkan rakyat bahawa perpindahan perjuangan PAS dari menegakkan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' dan berbaik-baik dengan parti pembangkang seperti PKR dan DAP tidak merugikan umat Islam di negara ini?

Jumaat, 16 Mac 2012

ANWAR TERIMA DANA & KHIDMAT NASIHAT ASING

KUALA LUMPUR, 14 Mac – "Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
"Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.
"Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR."
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

"Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita," tambahnya lagi. – UMNO-Online

Selasa, 13 Mac 2012

KETINGGIAN ADAM A.S

Cuba bayangkan ketinggian Nabi Adam a.s.

Idea menjahit baju Nabi Adam a.s tercetus daripada seorang pemuda Saudi Arabia, Bin Hamdan. Menurut Bin Hamdan, dia mendapat idea setelah membaca biografi Nabi Adam a.s. Tempoh untuk menjahit baju tersebut ialah selama 18 hari, menggunakan 40 gulung fabrik dan 30 ribu gulung benang.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah mencipta kan Adam dalam bentuknya setinggi 60 hasta. Setelah mencipta kan nya Allah berkata: pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu iaitu beberapa malaikat yang sedang duduk dan dengar kan lah apakah jawapan mereka kerana itulah ucapan selamat untuk mu dan keturunan mu. Maka Adam pergi lalu mengucap kan "Semoga keselamatan bersama kalian" mereka menjawab " semoga keselamatan dan rahmat allah bersama kalian" mereka menambahkan "rahmat Allah" maka setiap orang memasuki syurga itu seperti bentuk Adam yang tinggi nya 60 hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang" (Bukhari 4:543)

Isnin, 12 Mac 2012

WANITA YANG MENGHUNI NERAKA

Daripada Ibnu Abbas dan Imran bin Hussein r.a. bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud, " Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang yang fakir miskin. Dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan wanita."

Adakah kita tahu apakah yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. yang kita kasihi ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj? Pada malam Israk dan Mikraj dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah kepada Rasulullah SAW, telah diperlihatkan kepada badinda SAW. banyak perkara-perkara ghaib termasuk di antaranya keadaan di syurga dan keadaan di neraka. Baginda SAW melihat kebanyakan penghuni syurga itu adalah terdiri daripada kalangan orang yang fakir miskin. Ini disebabkan sewaktu mereka berada di dunia dahulu, mereka mempunyai banyak peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat dan amal soleh kepada Allah. Begitu juga ahli neraka kebanyakannya adalah wanita kerana di dunia dahulu ramai yang derhaka kepada suamnya dan tidak dapat menjaga kehormatan dirinya. Inilah di antara mukjizat dan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW  yang dapat mengetahui peristiwa yang akan datang di syurga maupun di neraka.

Tetapi malang sekali bagi mereka yang di dunia ini hanya mengejar kemewahan dunia sehingga tidak ada banyak masa untuk beribadat kepada Allah. Sesungguhnya orang mukmin itu bijak, mereka tidak akan sekali-kali tertipu dengan tipu daya kemewahan dan kesenangan di dunia yang sementara. Orang mukmin mempunyai matlamat hidup yang jelas, iaitu mereka ingin mencari keredan Allah SWT untuk mendapat kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

Hanya orang yang jahil, malang dan tidak bijak sahaja menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya. Bagi mereka kemewahan dan kesenangan yang dikecapi adalah segala-galanya. Mereka mengganggap kemewahan dan kesenangan yang dinikmati adalah kerana ilmu dan kebijaksanaan mereka, bukan disebabkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Orang kaya banyak disibukkan dengan menghimpun harta dan menghabiskan masa mengejar kemewahan dunia sehingga mereka menyesal dikejutkan dengan kematian sebelum sempat berbuat amal ibadat dan bertaubat. Mereka akan menyesal di saat yang tidak berguna lagi penyesalan pada ketika itu.

Jesteru itu marilah sama-sama kita mencontohi kehidupan Rasulullah SAW  yang cukup sederhana dan menginsafkan kita. Kita boleh bayangkan atau tidak, seorang kekasih Allah, manusia yang paling dikasihi Allah ini boleh dikatakan sering berlapar dan kehausan, pakaian kain dan bajunya dari yang lama-lama serta benang pun kasar-kasar. Tempat tidur dihampar dengan tikar, bukan dengan hamparan permaidani hingga bantal tidurnya pun diperbuat daripada kulit kambing. Ini menunjukkan bahawa dunia ini adalah tempat yang hina dan segala kenikmatannya itu tiada suatu yang kekal, melainkan semuanya itu tipudaya semata-mata. Nabi SAW  sangat menghina dunia.

Apabila Rasulullah SAW melawat ke dalam neraka maka baginda SAW melihat kebanyakkan penghuninya adalah daripada kalangan wanita. Apakah kesalahan dan dosa yang mereka lakukan sehingga dikatakan menjadi penghuni paling ramai di neraka. Na'uzubillahiminzalik!!

Ini disebabkan ramai kaum wanita yang tidak menunaikan hak suami. Mereka tidak berterima kasih di atas pemberian suami dan tidak menjaga kehormatan diri ketika suami tidak ada di rumah. Mereka tidak menutup aurat daripada orang yang bukan muhram dan ramai pula di kalangan mereka keluar dari rumah dengan bermacam-macam perhiasan dan persolekan, memakai minyak wangi dan membiarkan bau wangi itu dicium oleh orang yang bukan mahramnya. Sedangkan dia berhadapan dengan suaminya dengan pakaian yang buruk dan badan yang berbau peluh. Inilah di antara sebab-sebab yang mengakibatkan ramai di kalangan wanita yang akan masuk neraka.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW  bersabda yang bermaksud, "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, 'Semoga engkau mendapat kutukan Allah.' Maka dia sendiri dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ketujuh dan mengutuk pula segala ciptaan Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin."

Kalau apa yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya, kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apapun," Maka hapuslah semua kebaikannya walaupun banyak.

Marilah kita renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali k.j : "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda menangis. Kami bertanya kepada baginda, "Mengapa menangis wahai Rasulullah?" Beginda menjawab, 'Pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyiksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.'

Saya bertanya lagi, 'Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?'

Kata Rasulullah SAW :

'Wanita digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (ditutup) dikalangan lelaki bukan mahram.

Wanita digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya. Kemudian Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan melebarkan mulutnya kelak di hari kiamat selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Manakala wanita yang diikat kaki dan tangannya itu, kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.'

Sambung Rasulullah lagi,

'Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana dia suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta kepadanya.

Adapun wanita yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai kerana suka mengadu-domba (batu api) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia ahli fitnah serta suka memarahi suaminya.'

Oleh itu, wahai saudaraku sekelian, marilah sama-sama kita selamatkan kaum wanita kita dengan mengajak mereka untuk kembali mengambil Islam sebagai cara hidup. Hanya Islam agama yang diredai Allah. Ketahuilah wahai para suami sekelian, wanita itu akalnya senipis rambutnya. Dijadikan wanita itu daripada tulang rusuk yang bengkok, untuk luruskannya perlu kepada lelaki yang beriman kepada Allah. Dari itu didiklah mereka dengan tarbiyah Islamiah secara yang berhikmah.

Kasihanilah mereka, tanpa lelaki yang beriman tidak mungkin akan melahirkan wanita yang solehah.Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra seandainya diri kalian tidak sehebat Saidina Ali karamallahu wajhah.

Akal wanita senipis rambutnya, tebalkan dia dengan ilmu agama. Hatinya serapuh kaca, kuatkan dia dengan iman dan takwa kepada Allah. Perasaannya selembut sutera, hiasilah dengan akhlak mulia. Jangan jinakkan wanita dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nanti mereka akan menderita.

Kenalkan mereka dengan Zat Allah yang kekal, disitulah punca kekuatan dunia. Suburkan mereka dengan nikmat iman dan Islam kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb, Tuhan sekalian alam.

Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan dan ianya bukan diskriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus, malah akan semakin bengkok. Itulah hakikatnya seandainya mereka tidak kenal Allah. Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Jinakkan diri mereka untuk mentaati Allah SWT.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 2 Mac 2012

CICAK

Anda tahu cicak?

Tentu sahaja anda tahu kan.

Hampir disetiap rumah ada cicak.

Cicak mempunyai keistimewaan boleh berjalan di siling rumah dengan badan terbalik.

Tetapi bukan itu yang ingin dilihatkan pada ketika ini, justeru yang akan ditonjolkan ialah "kelemahan" cicak yang tidak boleh terbang, sementara makanan cicak boleh terbang.

Dari sini dapat kita ambil pelajaran, meskipun cicak tidak boleh
terbang tetapi mereka masih dapat memakan nyamuk.

Ini menunjukkan bahawa cicak sudah di atur rezekinya oleh Allah.

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan.

Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." Q.S Hud : 6

Begitu juga manusia dan makhluk yang lainnya. Allah telah menetapkan rezekinya masing-masing.

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)." Q.S Ibrahim : 32

Rezeki adalah pemberian Allah, bukan dari tempat anda bekerja sekarang, bukan dari bisnes anda, bukan dari simpanan anda.

Semua itu hanyalah perantaraan anda mendapatkan rezeki, kerana memang Allah yang memerintahkan kita untuk mencari rezeki tentu sahaja dengan berbagai perantaraan.

"Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan

Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian).

Sesungguhnya Dia Maha Mendalam PengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba- hambaNya." Q.S Al-Israa' : 30

Seberapa besarnya gaji anda, jika Allah telah menetapkan bahawa itu bukan rezeki anda, maka itu mudah bagi Allah.

Mungkin sahaja rezeki itu menjadi rezeki doktor yang mengubati penyakit anda.

Mungkin sahaja semua gaji anda habis dirompak dan berbagai kemungkinan lainnya.

Bahkan makanan yang tinggal sedikit yang bakal disuap kemulut anda masih boleh jatuh menjadi rezekinya semut.

Meskipun rezeki sudah di atur oleh Allah, tetapi kita tetap dituntut untuk berusaha sendiri.

Cicakpun berusaha, mendekati tempat terang dimana di sana banyak nyamuk.

"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui." Q.S Al-Anfaal : 53

Wallahua'lam bisawab........

ISTIDRAJ

APA ITU ISTIDRAJ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 1 Mac 2012

TUJUH PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA NUSYUZ (Pedoman Buat Para Isteri)

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut kemampuan pendapatan suami.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Quran, dan juga dalam hadis Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wasallam. Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : "Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud : "Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki." (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.


Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi'eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Terdapat tujuh perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah seperti berikut:

•Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

•Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.

•Ketiga : Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

•Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.
 
•Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

•Keenam : Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

•Ketujuh : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya. 

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada isterinya akan gugur.

Islam telah menggariskan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh suami dalam menangani dan menghadapi masalah nusyuz isteri ini:

» 1. Ketika nampak tanda-tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling padahal kebiasaannya dia menampakkan muka yang manis kepada suaminya atau dengan percakapan seperti isteri menjawab suaminya dengan suara yang kasar padahal kebiasaannya dia bercakap dengan lemah lembut kepadanya, maka sunat ke atas suami memberi nasihat. Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka." (Surah an-Nisa: 34)

Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama:

- Menasihati isterinya dengan berkata kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akan akibat jika engkau tidak melaksanakannya."


-Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalam di rumah isteri bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.

- Menyebut hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anhu sebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang nusyuz."Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

- Adalah sunat juga bagi suami berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinya sesuatu.

» 2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)." (Surah an-Nisa: 34)

Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispanduan tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.

Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya kerana yang sedemikian itu adalah perilaku seorang isteri solehah sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya : "Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ( suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka) "(Surah an-Nisa: 34)

Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta'ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha yang bermaksud : "Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga." (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga iaitu dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan RasulNya serta dengan mentaati suami.


Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri menderhaki suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui facebook atau talipon bimbit. Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusuz kerana isteri nusuz tidak akan mencium bau syurga, jika kalian mati tidak mendapat redha suami kalian tidak akan mendapat redha Allah SWT, kerana redha Allah SWT bergantung kepada redha suami kalian.

Tetapi sekiranya kalian memiliki suami yang bengis (sering memukul isteri tanpa kesalahan besar) dan tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi nafkah maka kalian perlulah menasihatinya dahulu, jika tidak berkesan maka kalian perlulah mengadu di pejabat agama untuk mendapat pembelaan dan jika perlu menuntut fasakh atau tebus talak. Jika kalain tercedera sila buat pemereksaan doktor kerana lapuran perubatan sebagai bahan bukti apabila berlaku perbicaraan dimahkamah syariah nanti dalam kes tuntutan fasakh.

Setiap suami perlulah mendidik isterinya supaya dia menjadi isteri yang solehah, pastikan isteri menutup aurat dan diberi didikan agama yang mencukupi kerana tanggunhjawab tarbiah adalah tanggungjawab suami. Jika suami biarkan isterinya keluar rumah dengan mendedahkan aurat atau suami tidak prihatin isterinya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya dikhuatiri suami akan menjadi suami yang dayus sesungguhnya suami yang dayus tidak akan mencium bau syurga.

Kisah Benar, Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.


"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah." katanya perlahan,

" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.

"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,"jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.

"InsyaAllah." Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"

"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".

"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.

"Keluar lendir bercampur nanah."

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz,"katanya,

"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"

"Kenapa?"pantas saya bertanya…

"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "Kenapa?"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.

"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.
Sent from my BlackBerry® Smartphone