Khamis, 17 Disember 2009

Tentang Aku2

Nak sambung ker?? Aku rasa cukup ler kisah aku lahir smpai aku ambik SPM dapat SAP.. Pas abis sekolah, aku mula pasang niat cari kerja.. Apa lagi.. KUALA LUMPUR le... Nanti aku ringkas-ringkaskan kisah aku di Kula Lumpur.. Kalau ingat ler...

:)

Tentang Aku2

Tentang Aku

Di lahir kan pada 14th MAY.. Di Hospital Daerah Batu Gajah.. Kedua orang tua aku berasal dari keluarga yang sederhana.. Sekolah pertama aku adalah SK Kampung Teluk Bakong. Ketika itu keluarga aku tinggal di Kampung Tua, Teluk Bakong, Parit, Perak. Aku bersekolah di sana sehingga Darjah 4. Seterusnya keluarga aku berpindah di Pulau Tiga.. Maka aku ditukarkan ke SK Raja Chulan, Pulau Tiga.
Keputusan cemerlang pada Penilaian Darjah Lima (sekarang UPSR) telah membuatkan aku terpilih memasuki sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Aku merupakan 2nd Batch kerana sekolah tersebut baru dibuka. Dengan susah payah, emak serta abah mencari duit untuk menanggung segala kos kemasukan aku ke sekolah tersebut. Sian mereka. Waktu itu keluarga aku agak susah. Menoreh getah pusaka arwah atok dengan pendapatan sekitar RM6. Adik beradik aku agak ramai.
Memang sayu dan hiba bila aku terkenangkan waktu itu.. Kesusahan keluarga membuatkan aku hilang minat pada pelajaran. Malah aku bertekad ingin berhenti sekolah. Tetapi kel;uarga tidak mengizinkan. Mereka ingin melihat aku berjaya.. Mana mungkin aku bisa memberi tumpuan bila aku mendengar pelbagai kisah kepayahan abah mencari rezeki. Jatuh "ban" ketika pulang dari menoreh, luka akibat jatuh ketika memanjat pokok getah kerana pokok getah pusaka itu telah tidak mempunyai kulit lagi dan pelbagai kisah sedih yang cukup menyayat hati..
Akhirnya, sewaktu aku menduduki peperiksaan SRP, aku tidak menjawab soalan dengan tepat agar aku mendapat keputusan yang akan membuatkan aku tersingkir dari SEMESTI.. Aku berjaya!! Agreget 21 yg aku peroilehi melebihi target iaitu 18.. Aku tersingkir dari SEMESTI seperti yang aku impikan.. Aku cuma mendapat salinan keputusan SRP (bukan sijil asal). Ini kerana aku tidak membayar yuran persekolahan. So, sijil aku disimpan oleh Kementerian Pelajaran hingga ke hari ini.
Sekolah Menengah Dato' Seri Maharaja Lela menerima untuk menyambung pelajaran.. Aku dimasukkan ke Kelas sains gak.. Sedangkan aku xberminat untuk belajar mata pelajaran SAINS. Permintaan aku untuk menduduki kelas Sastera telah di tolak kerana aku mempunyai keputusan SRP yang cemerlang dalam subjek English..
Si SMDSML, Kg Gajah aku juga hilang tumpuan belajar.. Biar pun di sini aku tidak dibebani Yuran Penggal yg tinggi namun aku tidak dapat belajar. Ini kerana di SMDSML aku diminati oleh perempuan. Aku mabuk dengan semua itu.. Akhirnya pada peperiksaan SPM, aku mendapat SAP...

..:: to be continue ::..