Jumaat, 26 Oktober 2012

Pengorbanan Besar Ibrahim A.S

Salam 'Idul Adha buat semua saudara Muslim yang singgah di blog ini.

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah SWT yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah SWT. tersebut kepada Ismail.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah SWT kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah SWT telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah SWT.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah SWT yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah SWT telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah SWT itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah SWT. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah SWT, ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah SWT."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah SWT.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah SWT dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah SWT. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah SWT dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah SWT., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah SWT., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah SWT berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah SWT dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah SWT.


 P/s : Mampukah kita berkorban seperti Nabi Ibrahim a.s??? 

Sent from my iPad

Rabu, 17 Oktober 2012

PEMIMPIN

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Setiap negara di dunia ini mempunyai pemimpin masing-masing yang akan menjalankan pemerentahan dan menguruskan negara . Ada pemimpin di pilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan ada pemimpin yang dilantik berdasarkan keturunan seperti kerabat diraja melalui sistem monarki.

Dalam Islam pemilihan pemimpin adalah perkara yang sangat di tuntut dan semua yang terlibat dalam pemilihan akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT di akhirat nanti. Jika berlaku penyelewengan atau kezaliman maka bukan sahaja pemimpin yang melakukan kerosakkan itu akan ditanya tetapi rakyat yang membuat pemilihan dan mandat juga akan ditanya dan disoal siasat hingga ke akar umbi kenapa tugas kepimpinan itu diberikan kepada mereka yang tidak jujur dan amanah..

Pemimpin yang adil ibarat bayang-bayang Tuhan, sebab pengambilan kata adil sendiri berasal dari salah satu nama Allah SWT, iaitu Al-Adlu (Allah Yang Maha Adil). Adil bermakna menempatkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan tepat.

Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka." (Hadis Riwayat Muslim)

Berlawanan daripada sifat adil adalah zalim, iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang betul dan tepat. Allah SWT telah mengharamkan sifat dan perilaku zalim atas diri-Nya, dan Dia juga mengharamkan diri hamba-hamba-Nya melakukan kezaliman. Perilaku adil akan menciptakan kesejateraan untuk rakyat. Sebagaimana zalim akan mendatangkankan bencana, musibah, dan malapetaka.

Dalam hadis qudsi-Nya Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Aku telah mangharamkan zalim itu atas diri-Ku, dan telah Aku jadikan zalim di antara kalian itu sesuatu yang diharamkan, kerana janganlah kalian saling berlaku zalim.''

Raslullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang di zalimi ." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Mengapa doa pemimpin yang adil itu sangat mustajab di sisi Allah SWT? kerana di bahunya terletak berbagai pengharapan dan hajat hidup rakyat jelata.

Dikisahkan dalam sebuah riwayat yang mashur, ketika Saidina Umar bin Khattab r.a sedang bertugas sebagai khalifah, ketika itu Gubnur Mesir, Amr bin Ash r.a., mengadu tentang musim kemarau yang kering dan berpanjangan yang menimpa kaum muslimin di negeri itu. Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan rakyat sudah tidak mengalirkan air.

Khalifah Umar lalu memanggil Amr bin Ash untuk datang ke Madinah. Khalifah lalu berkata, "Wahai Amr bin Ash bawalah suratku ini lalu lemparkanlah ia ke Sungai Nil!" Isi surat itu berupa doa seorang khalifah yang adil.

Dalam surat itu, Umar yang dikenal sebagai pemimpin yang adil memanjatkan doa dan berinteraksi dengan Sungai Nil, katanya : "Wahai sungai, engkau adalah makhluk Allah yang diciptakan oleh-Nya untuk menolong hamba-Nya yang lain, jika engkau adalah makhluk ciptaan Allah bantulah hamba-hamba Allah dan mengalirlah engkau!" Sejak doa itu diucapkan itu Sungai Nil tidak pernah lagi mengalami kekeringan sehingga kehari ini.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwaa Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasalam) bersabda : "Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia
berkata: "Aku takut kepada Allah".
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan
 kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
 7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemimpin yang adil adalah golongan yang pertama akan diberikan perlindungan Arasy oleh Allah SWT di Padang Masyar nanti. Dalam sebuah riwayat juga disebutkan bahawa pemimpin yang adil kelak akan bersama para nabi dan rasul, syuhada, dan siddiqin (orang-orang yang membenarkan ajaran agama Islam), dan orang-orang soleh di dalam syurga.

Apa pula akibatnya jika seorang pemimpin melakukan khianat? Sesiapa sahaja yang diangkat oleh Allah untuk memimpin suatu urusan rakyatnya, kemudian ia meninggal dunia, di mana saat ia meninggal dunia ia sedang berkhianat kepada rakyatnya, maka tiada lain kecuali Allah SWT akan haramkan baginya untuk masuk syurga.

Ma'qil bin Yasar r.a berkata :Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditaklifkan (di amanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Islam jawatan dan kedudukan bukanlah semata-mata anugerah, tapi juga ianya adalah amanah yang harus dipertanggung jawabkan, bukan hanya di hadapan rakyat, tapi terutama di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil kelak. Jika seseorang mendapatkan jawatan dan kedudukan bukan dengan cara yang hak (betul) , tapi dengan cara-cara batil, iaitu dengan menghalalkan segala cara, seperti politik wang dan memberi rasuah dengan segala macam bentuknya, dengan menyebar fitnah, dengan menggunakan cara-cara sihir dan sebagainya. Kemudian setelah ia menduduki jawatan dan kedudukan itu ia menipu, ingkar atas janji-janjinya, rasuah, dan zalim , maka jawatan dan kedudukan itu hanya akan menjadi kehinaan dan penyesalan di hari kiamat, dan ia akan diharamkan masuk syurga.

Dari Abu Zar, dia berkata : Saya berkata: "Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya." Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Abu Zar ketika meminta jawatan, tidak dipedulikan oleh Rasulullah SAW. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Sesungguhnya jawatan itu adalah amanat, dan pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mendapatkan jawatan itu dengan cara yang hak ( atau ia orang yang paling berhak ) dan ia menunaikan tugas dan kewajiban yang ada pada jawatan itu ( termasuk memenuhi janji-janjinya ) " (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Seorang hamba yang oleh Allah dipercaya untuk memimpin sebuah umat, lantas ia mati, dan ketika memimpin ia menipu (zalim ) terhadap rakyatnya, pasti Allah mengharamkan baginya masuk syurga . " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hisyam bin Urwah meriwayatkan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa pemimpin itu ada yang baik, ( takwa, jujur, adil , cerdas dan berakhlak mulia ) dengan segala macam kebaikannya, dan ada pemimpin yang buruk, ( jahat, zalim, dan rasuah ) dengan segala macam keburukannya. Pemimpin bertakwa akan selalu menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan zalim. Pemimpin yang jujur akan membina kan kepercayaan rakyat dan jauh dari mengambil rasuah dan mementingkan diri sendiri dan ahli keluarga.

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin yang adil akan melahirkan ketentraman bagi seluruh rakyat dan mendatangkan berkah dan rahmat Allah. Pemimpin yang cerdas dan berwawasan jauh boleh membawa rakyat ke arah yang lebih baik dan maju. Pemimpin yang berakhlak mulia akan menjadi pautan rakyatnya, dan akan mendahulukan kepentingan rakyat dari pada kepentingan pribadi dan kumpulannya sahaja.

Bagaimana ia boleh berbuat adil, mampu menegakkan keadilan (hukum), memberantas rasuah dan penyelewengan kerana ia naik menjadi pemimpin dahulunya kerana memberi rasuah atau disokong oleh pengikut-pengikutnya yang hanya mempunyai agenda tersendiri dan hanya mengejar pangkat dan kuasa. ? atau ia mendapatkan jawatan dan kuasa secara kotor dan menghalalkan cara.?

Bagaimana boleh kita mengharapkan dia boleh membela agama Allah sedangkan hidupnya tidak membawa akhlak Islam dan dengan jelas nampak kejahilannya memahami tuntutan agama yang di anutinya Pemimpin yang zalim, jahat dan rasuah hanya akan membawa kemurkaan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi, Rasulullah SAW. menyatakan bahawa keadaan pemimpinmu mencerminkan keadaan rakyat yang dipimpinnya. ( Kama Takunu Yuwalla 'alaikum ).

Dalam kitab An-Nihayah menjelaskan bahawa jika rakyat beriman, beramal soleh, jujur, dan cerdas , maka yang akan tampil sebagai pemimpin mereka adalah orang yang punya peribadi seperti itu. Tapi jika rakyatnya terdiri dari orang-orang yang jahat, suka melakukan maksiat, suka membaut kerosakkan .

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi SAW pernah mengingatkan pula bahawa barang siapa yang memilih seseorang sebagai pemimpin hanya atas dasar taksub ( fanatik buta ) tanpa menjadikan petunjuk Alah SWT dan rasulNya sebagai contoh ikutan, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah kalian dalam menentukan pemimpin yang akan kalian pilih. Carila pemimpin yang akan membuat perubahan dan pembangunan rohani dan jasmani. Janganlah cari pemimpin yang hanya memikirkan pembangunan kebendaan sahaja tanpa menjaga pembangunan akidah dan kerohanian. Pilihlah pemimpin yang akan mendekatkan diri kalian dengan ajaran Islam, sentiasa prihatin dengan masalah rakyat dan memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Jika kalian tersilap membuat pemilihan dan perhitungan, risiko yang akan di terima cukup besar kerana ianya kan disoal dan di sisat secara teliti oleh Allah SWT di akhirat nanti. Berhati-hatilah supaya pemilihan kali ini di buat dengan gerak hati terdorong daripada cetusan iman dan takwa dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone