Isnin, 5 Mei 2014

Selepas SLAA, YBU Holdings Bakal Perkenal Skim Latihan Baru - @azwanbro @ZambryAbdKadir #PemudaUMNO #YBUHoldings

Azwan menyampaikan cenderahati kepada En Mohd Madani Sahari, CEO Malaysia Automotif Institute MAI selepas Majlis MOU diantara YBU Education Services dan MAI di Ipoh.
Selepas kejayaan Skim Latihan Automotif Amanjaya (SLAA), YBU Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan satu lagi skim latihan baharu tetapi kali ini untuk kontraktor kelas F.

Pengerusi YBU Holdings Sdn Bhd, Khairul Azwan Harun berkata, skim baru ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan persatuan kontraktor negeri Perak.

"Melalui senarai yang diberikan oleh Persatuan Kontraktor Negeri Perak dan CIDB, kita akan berikan kursus-kursus jangka pendek, terutama dalam membangunkan soft skill kepada kontraktor-kontraktor ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani MoU antara YBU Education Services Sdn Bhd (YES) dan Malaysia Automotive Institute (MAI) di Ipoh pada Isnin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian, Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Mohd Madani Sahari dan Ketua Pegawai Eksekutif YBU Holdings, Hamzarul Hamdan.

Azwan memberitahu, antara kursus jangka pendek yang akan diberikan adalah pengurusan aliran tunai, pengurusan projek dan pentadbiran syarikat.

"Masalah kontraktor kecil, terutama kelas F, apabila dapat projek tetapi pengurusan kewangan tidak begitu mantap, kurang efektif, menyebabkan selepas selesai satu projek, tiada simpanan lebihan untuk meneruskan projek yang lain," ujar beliau.

Menurut beliau, skim latihan ini terbuka untuk semua kontraktor kelas F, termasuk bukan Bumiputera dan akan diuruskan oleh YES.

Sabtu, 3 Mei 2014

#InfoKesihatan: 40 Jenama Kopi Disahkan Mengandungi Racun Oleh KKM

السالمءليكوم ...

Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun.


Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket.

Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1.  Cafe Abang Yes,
2.  Candi Gold,
3.  Candy 193,
4.  Extend Up Energy Drink,
5.  Extremen,
6.  Extrewomen,
7.  Goji Guarana,
8.  Goji Guarana Extra,
9.  Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41. CATUABA TIADA TERSENARAI

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !