Jumaat, 14 Disember 2012

6 GOLONGAN YANG AKAN KE NERAKA SEBELUM HISAB

Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyediakan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka sebelum hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran  yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma'qil Ibnu Yasar r.a berkata " Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : " Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : "Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat." (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas'ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka  tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy  di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa  dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
"Iaitu membantu kezaliman…" (rujuk Aun Al-Ma'bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri  yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu  keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau,  'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' " (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun  dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".
(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.
Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Dalam satu riwayat menyatakan : "9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." 
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan." (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan  kejahilannya)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W.  bersabda yang maksudnya, "Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga". (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

 Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka sebelum hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah 10 golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul , sidiqin, para syuhada dan solihin dan juga mereka-mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

Kata-kata hukama : "Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal.

Pesanan dari Wahab al-Munabbih : "Puncak kebahagiaan ada tiga, pertama ialah nikmat Islam, kedua nikmat kesihatan dan ketiga nikmat kekayaan. Bermula dengan nikmat Islam kemudian bermanfaatlah nikmat yang lain.

Dalam Islam terdapat banyak peluang ibadah untuk bekalan kehidupan dunia dan untuk kembali kepada akhirat dengan jaya, serta untuk mendapat rehat di alam baru. Bersabda Nabi s.a.w., 'Ya Allah jadikan hidupku penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan'."


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 2 November 2012

Pesan Rasulullah buat wanita bersuami.

ورأيت النار فلم أر منظرا كاليوم قط ورأيت أكثر أهلها النساء قالوا: بم يا رسول الله ؟ قال بكفرهن قيل أيكفرن بالله ؟ قال: يكفرن العشير ويكفرن الإحسان لو أحسنت إلى إحداهن الدهر كله ثم رأت منك ما تكره قالت ما رأيت منك خيرا قط

"Dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, 'Mengapa (demikian) wahai Rasulullah shalallahu 'alaihi wassalam?' Beliau shalallahu 'alaihi wassalam menjawab, 'Karena kekufuran mereka.' Kemudian ditanya lagi, 'Apakah mereka kufur kepada Allah?' Beliau menjawab, 'Mereka kufur terhadap suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata: 'Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.' " (HR. Bukhari, no. 105 2 , dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma)

Sejujurnya, Atas Kebesaran Allah SWT aku tidak mahu isteriku menjadi penghuni neraka. Itulah nilai kasih sayang aku. Sedaya upaya aku cuba membimbing kearah kebaikan. Semoga Allah redha dan memberi aku kekuatan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 26 Oktober 2012

Pengorbanan Besar Ibrahim A.S

Salam 'Idul Adha buat semua saudara Muslim yang singgah di blog ini.

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah SWT yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah SWT. tersebut kepada Ismail.

Allah SWT. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah SWT kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah SWT telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah SWT.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah SWT yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah SWT telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah SWT itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah SWT. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah SWT, ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah SWT."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah SWT.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah SWT dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah SWT. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah SWT dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah SWT., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah SWT., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah SWT berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah SWT dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah SWT.


 P/s : Mampukah kita berkorban seperti Nabi Ibrahim a.s??? 

Sent from my iPad

Rabu, 17 Oktober 2012

PEMIMPIN

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Setiap negara di dunia ini mempunyai pemimpin masing-masing yang akan menjalankan pemerentahan dan menguruskan negara . Ada pemimpin di pilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan ada pemimpin yang dilantik berdasarkan keturunan seperti kerabat diraja melalui sistem monarki.

Dalam Islam pemilihan pemimpin adalah perkara yang sangat di tuntut dan semua yang terlibat dalam pemilihan akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT di akhirat nanti. Jika berlaku penyelewengan atau kezaliman maka bukan sahaja pemimpin yang melakukan kerosakkan itu akan ditanya tetapi rakyat yang membuat pemilihan dan mandat juga akan ditanya dan disoal siasat hingga ke akar umbi kenapa tugas kepimpinan itu diberikan kepada mereka yang tidak jujur dan amanah..

Pemimpin yang adil ibarat bayang-bayang Tuhan, sebab pengambilan kata adil sendiri berasal dari salah satu nama Allah SWT, iaitu Al-Adlu (Allah Yang Maha Adil). Adil bermakna menempatkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan tepat.

Daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka." (Hadis Riwayat Muslim)

Berlawanan daripada sifat adil adalah zalim, iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya yang betul dan tepat. Allah SWT telah mengharamkan sifat dan perilaku zalim atas diri-Nya, dan Dia juga mengharamkan diri hamba-hamba-Nya melakukan kezaliman. Perilaku adil akan menciptakan kesejateraan untuk rakyat. Sebagaimana zalim akan mendatangkankan bencana, musibah, dan malapetaka.

Dalam hadis qudsi-Nya Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Aku telah mangharamkan zalim itu atas diri-Ku, dan telah Aku jadikan zalim di antara kalian itu sesuatu yang diharamkan, kerana janganlah kalian saling berlaku zalim.''

Raslullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang di zalimi ." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Mengapa doa pemimpin yang adil itu sangat mustajab di sisi Allah SWT? kerana di bahunya terletak berbagai pengharapan dan hajat hidup rakyat jelata.

Dikisahkan dalam sebuah riwayat yang mashur, ketika Saidina Umar bin Khattab r.a sedang bertugas sebagai khalifah, ketika itu Gubnur Mesir, Amr bin Ash r.a., mengadu tentang musim kemarau yang kering dan berpanjangan yang menimpa kaum muslimin di negeri itu. Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan rakyat sudah tidak mengalirkan air.

Khalifah Umar lalu memanggil Amr bin Ash untuk datang ke Madinah. Khalifah lalu berkata, "Wahai Amr bin Ash bawalah suratku ini lalu lemparkanlah ia ke Sungai Nil!" Isi surat itu berupa doa seorang khalifah yang adil.

Dalam surat itu, Umar yang dikenal sebagai pemimpin yang adil memanjatkan doa dan berinteraksi dengan Sungai Nil, katanya : "Wahai sungai, engkau adalah makhluk Allah yang diciptakan oleh-Nya untuk menolong hamba-Nya yang lain, jika engkau adalah makhluk ciptaan Allah bantulah hamba-hamba Allah dan mengalirlah engkau!" Sejak doa itu diucapkan itu Sungai Nil tidak pernah lagi mengalami kekeringan sehingga kehari ini.

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwaa Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasalam) bersabda : "Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia
berkata: "Aku takut kepada Allah".
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan
 kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
 7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemimpin yang adil adalah golongan yang pertama akan diberikan perlindungan Arasy oleh Allah SWT di Padang Masyar nanti. Dalam sebuah riwayat juga disebutkan bahawa pemimpin yang adil kelak akan bersama para nabi dan rasul, syuhada, dan siddiqin (orang-orang yang membenarkan ajaran agama Islam), dan orang-orang soleh di dalam syurga.

Apa pula akibatnya jika seorang pemimpin melakukan khianat? Sesiapa sahaja yang diangkat oleh Allah untuk memimpin suatu urusan rakyatnya, kemudian ia meninggal dunia, di mana saat ia meninggal dunia ia sedang berkhianat kepada rakyatnya, maka tiada lain kecuali Allah SWT akan haramkan baginya untuk masuk syurga.

Ma'qil bin Yasar r.a berkata :Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditaklifkan (di amanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Islam jawatan dan kedudukan bukanlah semata-mata anugerah, tapi juga ianya adalah amanah yang harus dipertanggung jawabkan, bukan hanya di hadapan rakyat, tapi terutama di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil kelak. Jika seseorang mendapatkan jawatan dan kedudukan bukan dengan cara yang hak (betul) , tapi dengan cara-cara batil, iaitu dengan menghalalkan segala cara, seperti politik wang dan memberi rasuah dengan segala macam bentuknya, dengan menyebar fitnah, dengan menggunakan cara-cara sihir dan sebagainya. Kemudian setelah ia menduduki jawatan dan kedudukan itu ia menipu, ingkar atas janji-janjinya, rasuah, dan zalim , maka jawatan dan kedudukan itu hanya akan menjadi kehinaan dan penyesalan di hari kiamat, dan ia akan diharamkan masuk syurga.

Dari Abu Zar, dia berkata : Saya berkata: "Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya." Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Abu Zar ketika meminta jawatan, tidak dipedulikan oleh Rasulullah SAW. Kerana amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Sesungguhnya jawatan itu adalah amanat, dan pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mendapatkan jawatan itu dengan cara yang hak ( atau ia orang yang paling berhak ) dan ia menunaikan tugas dan kewajiban yang ada pada jawatan itu ( termasuk memenuhi janji-janjinya ) " (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Seorang hamba yang oleh Allah dipercaya untuk memimpin sebuah umat, lantas ia mati, dan ketika memimpin ia menipu (zalim ) terhadap rakyatnya, pasti Allah mengharamkan baginya masuk syurga . " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hisyam bin Urwah meriwayatkan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa pemimpin itu ada yang baik, ( takwa, jujur, adil , cerdas dan berakhlak mulia ) dengan segala macam kebaikannya, dan ada pemimpin yang buruk, ( jahat, zalim, dan rasuah ) dengan segala macam keburukannya. Pemimpin bertakwa akan selalu menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan zalim. Pemimpin yang jujur akan membina kan kepercayaan rakyat dan jauh dari mengambil rasuah dan mementingkan diri sendiri dan ahli keluarga.

Sahabat yang dimuliakan,
Pemimpin yang adil akan melahirkan ketentraman bagi seluruh rakyat dan mendatangkan berkah dan rahmat Allah. Pemimpin yang cerdas dan berwawasan jauh boleh membawa rakyat ke arah yang lebih baik dan maju. Pemimpin yang berakhlak mulia akan menjadi pautan rakyatnya, dan akan mendahulukan kepentingan rakyat dari pada kepentingan pribadi dan kumpulannya sahaja.

Bagaimana ia boleh berbuat adil, mampu menegakkan keadilan (hukum), memberantas rasuah dan penyelewengan kerana ia naik menjadi pemimpin dahulunya kerana memberi rasuah atau disokong oleh pengikut-pengikutnya yang hanya mempunyai agenda tersendiri dan hanya mengejar pangkat dan kuasa. ? atau ia mendapatkan jawatan dan kuasa secara kotor dan menghalalkan cara.?

Bagaimana boleh kita mengharapkan dia boleh membela agama Allah sedangkan hidupnya tidak membawa akhlak Islam dan dengan jelas nampak kejahilannya memahami tuntutan agama yang di anutinya Pemimpin yang zalim, jahat dan rasuah hanya akan membawa kemurkaan Allah SWT.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi, Rasulullah SAW. menyatakan bahawa keadaan pemimpinmu mencerminkan keadaan rakyat yang dipimpinnya. ( Kama Takunu Yuwalla 'alaikum ).

Dalam kitab An-Nihayah menjelaskan bahawa jika rakyat beriman, beramal soleh, jujur, dan cerdas , maka yang akan tampil sebagai pemimpin mereka adalah orang yang punya peribadi seperti itu. Tapi jika rakyatnya terdiri dari orang-orang yang jahat, suka melakukan maksiat, suka membaut kerosakkan .

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi SAW pernah mengingatkan pula bahawa barang siapa yang memilih seseorang sebagai pemimpin hanya atas dasar taksub ( fanatik buta ) tanpa menjadikan petunjuk Alah SWT dan rasulNya sebagai contoh ikutan, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

Sahabat yang dikasihi,
Berhati-hatilah kalian dalam menentukan pemimpin yang akan kalian pilih. Carila pemimpin yang akan membuat perubahan dan pembangunan rohani dan jasmani. Janganlah cari pemimpin yang hanya memikirkan pembangunan kebendaan sahaja tanpa menjaga pembangunan akidah dan kerohanian. Pilihlah pemimpin yang akan mendekatkan diri kalian dengan ajaran Islam, sentiasa prihatin dengan masalah rakyat dan memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Jika kalian tersilap membuat pemilihan dan perhitungan, risiko yang akan di terima cukup besar kerana ianya kan disoal dan di sisat secara teliti oleh Allah SWT di akhirat nanti. Berhati-hatilah supaya pemilihan kali ini di buat dengan gerak hati terdorong daripada cetusan iman dan takwa dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 16 September 2012

MAKSUD SEBENAR KEBAHAGIAAN

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Semua manusia ingin bahagia dalam kehidupan. Tetapi tidak semua mereka akan berjaya memiliki kebahagiaan yang di impikan .

Adakah kebahagiaan sebenarnya terletak pada harta kekayaan, wang jutaan ringgit , pangkat dan kekuasaan, anak-anak ramai , wajah yang cantik , sawah ladang , rumah banglow  , kereta mewah atau memiliki saham-saham dalam syarikat?

Belum tentu harta dunia yang dimiliki ini akan menjamin kebahagiaan yang hakiki kerana ramai dikalangan manusia dari dahulu hingga sekarang jiwanya tidak tenteram dan rumah tangganya porak peranda walau pun memiliki kekayaan duniawi.

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah SWT di dalam Al Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah Al-Ra'du ayat  28).

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:  " Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. " (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi: " Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati "

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Terima seadanya dengan sifat qanaah.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipelihara agar sihat dan melahirkan sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya.

Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara sepontan tanpa paksaan.

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan sunah Nabi SAW yang menjelaskan maksud kebahagiaan sebenarnya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah an-Nahl ayat 97)

Ibnu 'Abbas r.a. meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali k.wj. pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

Kedua : Banyak mengingat Allah SWT.

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.

Firman Allah SWT yang bermaksud :  "Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah ar-Ra'd ayat 28)

Ketiga : Bersandar (bertawakal) kepada Allah SWT.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah SWT berfirman yang bermaksud :  "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah ath-Thalaq ayat 3)

Keempat : Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah an-Nisa ayat 114)

Kelima : Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan." (Hadis Riwayat Bukhari - dalam al-Sahih 11/243 dan Muslim dalam al-Sahih 2/724 no. 1047 dan Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: "Seandainya (kalau) aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' (kalau) itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketujuh : Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!".

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kami memberi makan kepada kalian hanyalah kerana mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah al-Insan ayat 9)

Jelaslah kepada kita bahawa kebahagiaan hakiki itu bukan boleh dibeli dengan wang ringgit atau diperolehi apabila seseorang itu menjadi orang kaya atau mendapat pangkat kedudukan dan dihormati dan disanjung. Tetapi kebahagiaan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 5 Ogos 2012

3 GOLONGAN AWAL AHLI NERAKA

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Setiap amalan yang hendak dilaksanakan mestilah ikhlas kemata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT. tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan kerana riyak atau untuk mendapat pujian daripada manusia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa beramal kerana riyak, Allah akan menolak amal itu pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Allah SWT berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Dzat Yang paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu'." (Hadis Riwayat Muslim).

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan.

Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan : "Bahawa pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah SWT.

Allah SWT bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasul-Ku?"

Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.''

Allah SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''

Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari''

Malaikat berkata kepadanya, "Engkau berdusta".

Allah SWT berfirman "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah SWT berfirman, ''Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".

Orang itu menjawab, ''Benar wahai Tuhan''.

Allah SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',

Dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''

Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta".

Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT.

Maka Allah SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''

Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.''

Maka Allah SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu."

Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah SWT dan ada matlamat dan tujuan yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah SWT. Amalan tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nila di sisi Allah SWT.

Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan . Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 29 Julai 2012

..:: Kenali Kekasih Allah SWT ::..

* When was the Prophet Muhammad (peace.be.upon.him..) born?
He was born on Monday, 12th Rabi Al Awwal, , 571 AC .
* Where was the Prophet Muhammad (p.b.u.h.) born?
In Makkah
* What is the name of the Prophet's father?
Abdullah Ibn Abdul Muttalib.
* What is the name of the Prophet's mother?
Aminah Bint Wahhab Ibn Abd Manaf Ibn Zahrah.
* When and where did his (prophet's) father die?
He died in Makkah before Muhammad (p.b.u.h.) was born.
* What is the name of the Prophet's grandfather?
Abdul Muttalib.
* What was his granfather's position?
He was the chief of his clan Bani Hashim.
* What is the Prophet's (p.b.u.h.) lineage up to his fifth ancestor?
He is Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Muttalib Ibn Hashim Ibn Abd Manaf Ibn Qusai Ibn Kilab..
* Who suckled the Prophet Muhammad (p.b.u.h.)?
First Thuyeba, the freed slave girl of his uncle Abdul Uzza known as Abu Lahab, then Haleema Bint Abu Dhuaib, best known as Haleema Al Sadiyah...
* Who named the Prophet Muhammad (p.b.u.h.)?
Abdul Muttalib.
* What did Muhammad's (p.b.u.h.) mother name him?
Ahmad.
* Why did she (the Prophet's mother) choose this name?
Because she saw an angel in a dream calling the new-born baby Ahmad.
* How old was Muhammad (p.b.u.h.) when his mother died?
Six years old.
* Where did his mother take him?
She took him to Yathrib (Madinah) to visit her relatives.
* Where did his mother die?
On her way back to Makkah, she died at Abwa and was buried there.
* Who brought Muhammad (p.b.u.h.) back to Makkah?
His father's slave girl, Umm Aiman (May Allah be pleased with her).
* Who took the charge of his care?
His grandfather Abdul Muttalib.
* How long did The Prophet's grandfather take care of the Prophet Muhammad?
For two years.
* How was his (Abdul Muttalib's) behavior with Muhammad (p.b.u.h.)?
He loved him very much and preferred him to his own sons.
* What did Abdul Muttalib foretell about his grandson?
That he would hold a prestigious position.
* Who took care of the Prophet (p.b.u.h.) after the death of Abdul Muttalib?
His uncle Abu Talib.
* How old was Muhammad (p.b.u.h.) when his grand father Abdul Muttalib died?
About eight years old.
* When did Muhammad (p.b.u.h.) travel to Syria and with whom?
He went to Syria with his uncle Abu Talib when he was twelve years old.
* Who was Khadijah (May Allah be pleased with her)?
She was a wealthy merchant of Makkah.
* Why did she (Khadijah) want to marry Muhammad (p..b.u.h.)?
Because of his truthfulness and good conduct.
* When did she (Khadijah) marry Muhammad (p.b.u.h..)?
When she was 40 years old.
* How old was Muhammad (p.b.u.h.) at the time of the marriage?
He was 25.
* What did he (the Prophet) give her (Khadijah) as Mahr (dowry)?
Twenty camels.
* Was Khadijah (May Allah be pleased with her) a widow?
Yes. The Prophet (p.b.u.h.) was her third husband.
* How was Muhammad (p.b.u.h.) known in the society?
He was known as Al Ameen (trustworthy) and Al Sadiq (truthful).
* Did he get any sort of education?
No, he didnt get any formal education from the society, rather he was taught by Almighty Allah.
* What should one say when the Prophet's (p.b.u.h.) name is mentioned?
One should say sallal-laahu Alaihi wasallam S.A.W (May the peace and blessings of Allah be upon him).
* How many times is the name of Muhammad mentioned in the Holy Quran?
Four times.
* What are the names of the Prophet's (p.b.u.h.) uncles?
They are: Harith, Zubair, Abu Talib, Hamzah (May Allah be pleased with him), Abu Lahab, Ghidaq, Maqwam, Safar and Abbas (May Allah be pleased with him).
* Did his uncle Abu Talib accept Islam?
No, he died a polytheist.
* In the New Testament by what name was the Prophet (p.b.u.h.) mentioned?
By the name of Paraclete.
* What is Kabah?
It is the oldest house of worship on the earth.
* Who built it?
The Prophet Ibrahim and his son Ismael (May Allah be pleased with them).
* How did Quraish arrange rebuilding of Kabah?
They divided the work among various tribes. Each tribe was responsible for rebuilding a part of it.
* Who laid the stones?
A Byzantine mason called Baqum.
* Where did the Prophet (p.b.u.h.) go into seclusion?
To the Cave of Hira ..
* What was the fist stage of the revelation?
True dreams.
* When did the first revelation come down to him?
On Monday, 21st of Ramadan, at night (August 10th, 610 AC ). He was forty years then.
* Who brought it?
Jibrael.
* Who were the first to embrace Islam?
Four persons: Khadijah his wife, Zaid Ibn Haritha his freed slave, Ali Ibn Abi Talib his cousin and Abu Bakr his friend (May Allah be pleased with them).
* Who accepted Islam at the instance of Abu Bakr (May Allah be pleased with him)?
Uthman Ibn Affan, Zubair Ibn Awwam, Abdur Rahman Ibn Awf, Sad Ibn Abi Waqqaas, Talha Ibn Ubaidullah and Saeed Ibn Zaid (Umar's son-in-law) (May Allah be pleased with them).
* Who were the ladies to accept Islam at first?
Abbas's wife Ummaul Fadl, Abu Bakr's wife Asma Bint Umais, his daughter Asma Bint Abi Bakr and Fatimah Bint Al Khattab Umar's sister (May Allah be pleased with them).
* How was the Dawah done in the beginning?
It was done in secret.
* How many people embraced Islam in the early stage?
About forty.
* How many years did the call in secret continue?
For three years.
* During this period, where would the Muslims gather secretly?
They would gather secretly in the house of a Muslim called Arqam to learn about Islam and the revelations sent down to the Prophet (p.b.u.h.).
* When did the Prophet (p.b.u.h.) start to preach Islam openly?
After three years when he received the revelation to that effect.
* What was the impact of his public preaching?
The people accepted Islam increasingly.
* What was the main miracle of the Prophet (p.b.u..h.)?
The Holy Quran.
* Who was Abu Jahl?
One of the Prophet's (p.b.u.h.) uncles.
* Name some of the disbelievers of Makkah who supported the Prophet (p.b.u.h.), but did not embrace Islam until the end.
Abu Talib, Mutim Ibn Adi and Abul Bukhtari.
* How long did Abu Talib protect the Prophet (p.b..u.h)?
For 42 years â€" from the Prophet's childhood until he himself died.
* Who was Mutim Ibn Adi?
A chief of Makkah.
* When did he (Mutim Ibn Adi) give protection to the Prophet (p.b.u.h...)?
When the Prophet (p.b.u.h.) returned from Taif and wanted to enter Makkah.
* When did he (Mutim Ibn Adi) die?
He was killed in the Battle of Badr.
* Who was Abul Bukhtari?
He was a poet.
* How did he (Abul Bukhtari) support the Prophet Muhammad (p.b.u.h.)?
He spoke out against the social boycott.
* What lead the Muslims to emigrate to Abyssinia ?
Their growing persecution at the hands of Quraish.
* Which Surah lead to this emigration?
Surah Az Zumar.
* When was Abul Bukhtari killed?
In the battle of Badr.
* Who was then the King of Abyssinia ?
The King of Abyssinia, known as Najjashi (the Negus), during the time of the Prophet (p.b.u..h.) was As'hama.
* When did the first group of Mus lims leave for Abyssinia ?
In Rajab, in the fifth year of Prophethood.
* How many persons were there in the group?
12 men and 4 women.
* How were the emigrants received in Abyssinia ?
They were received warmly and hospitably.
* When did the second group of emigrants leave for Abyssinia ?
In the fifth year of Prophethood.
* How many people formed the group?
83 men and 18 women.
* Name a prominent companion included in this group.
Ja'far Ibn Abi Talib (May Allah be pleased with him).
* What did Quraish do?
They despatched two envoys to Abyssinia to demand the extradition of the emigrants.
* How did the King respond?
He refused to extradite the Muslims and assured them of his full protection.
* When did Umar (May Allah be pleased with him) accept Islam?
At the age of 27..
* Who was Bilal Ibn Rabah (May Allah be pleased with him)?
He was a slave of Umayyah Ibn Khalaf.
* What was his (Bilal Ibn Rabah's) origin?
He was of Abyssinian decent.
* What was the name of Bilal's mother?
Hamama.
* Who was Yaser (May Allah be pleased with him)?
He was a slave of Abu Jahl.
* Who was Sumayyah (May Allah be pleased with her)?
She was Yaser's (a slave of Abu Jahl) wife.
* Who was Ammar (May Allah be pleased with him)?
He was Yaser and Sumayyah's only son.
* Who was Ali (May Allah be pleased with him)?
He was the son of Abu Talib and cousin of the Prophet (p.b.u.h.)..
* When did Ali (May Allah be pleased with him) accept Islam?
When he was 19.
* Who was Abu Bakr's father (May Allah be pleased with him) and did he accept Islam?
He was Uthman (May Allah be pleased with him) (Abu Quhafah). Yes, he accepted Islam during the Conquest of Makkah.

Last Words and Message of prophet muhammad saw
Last Words and Message of prophet muhammad saw accordingly By Hadith and Quran
Narrated 'Aisha: the Prophet expired in my house and on the day of my turn, leaning against my chest. One of us (i.e. the Prophet's wives ) used to recite a prayer asking Allah to protect him from all evils when he became sick. So I started asking Allah to protect him from all evils (by reciting a prayer ). He raised his head towards the sky and said, "With the highest companions, with the highest companions." 'Abdur-Rahman bin Abu Bakr passed carrying a fresh leaf-stalk of a date-palm and the Prophet looked at it and I thought that the Prophet was in need of it (for cleaning his teeth ). So I took it (from 'Abdur Rahman) and chewed its head and shook it and gave it to the Prophet who cleaned his teeth with it, in the best way he had ever cleaned his teeth, and then he gave it to me, and suddenly his hand dropped down or it fell from his hand (i.e. he expired). So Allah made my saliva mix with his saliva on his last day on earth and his first day in the Hereafter.
Sahih Bukhari (Book #59, Hadith #732)

Narrated 'Aisha: When the Prophet was healthy, he used to say, "No soul of a prophet is captured till he is shown his place in Paradise and then he is given the option." When death approached him while his head was on my thigh, he became unconscious and then recovered his consciousness. He then looked at the ceiling of the house and said, "O Allah! (with) the highest companions." I said (to myself), "Hence, he is not going to choose us." then I realized that what he had said was the application of the narration which he used to mention to us when he was healthy. the last word he spoke was, "O Allah! (with) the highest companion."
Sahih Bukhari (Book #59, Hadith #740)

Narrated 'Aisha: (the wife of the Prophet) When Allah's Apostle was in good health, he used to say, "No prophet's soul is ever captured unless he is shown his place in Paradise and given the option (to die or survive)." So when the death of the Prophet approached and his head was on my thigh, he became unconscious for a while and then he came to his senses and fixed his eyes on the ceiling and said, "O Allah (with) the highest companions." (See Qur'an 4:69). I said' "Hence he is not going to choose us." And I came to know that it was the application of the narration which he (the Prophet) used to narrate to us. And that was the last statement of the Prophet (before his death) i.e., "O Allah! With the highest companions." (See Qur'an 4:69)
Sahih Bukhari (Book #76, Hadith #516)

Narrated 'Aisha: there was a leather or wood container full of water in front of Allah's Apostle (at the time of his death). He would put his hand into the water and rub his face with it, saying, "None has the right to be worshipped but Allah! No doubt, death has its stupors." then he raised his hand and started saying, "(O Allah!) with the highest companions." (See Qur'an 4:69) (and kept on saying it) till he expired and his hand dropped."
Sahih Bukhari (Book #76, Hadith #517)

Jundub reported: I heard from the Apostle of Allah (may peace be upon him) five days before his death and he said: I stand acquitted before Allah that I took any one of you as friend, for Allah has taken me as His friend, as he took Ibrahim as His friend. Had I taken any one of my Ummah as a friend, I would have taken Abu Bakr as a friend. Beware of those who preceded you and used to take the graves of their Prophets and righteous men as places of worship, but you must not take graves as mosques; I forbid you to do that.
Sahih Muslim (Book #004, Hadith #1083)

Narrated 'Aisha: When Allah's Apostle was healthy, he used to say, "No prophet dies till he is shown his place in Paradise, and then he is given the option (to live or die)." So when death approached him(during his illness), and while his head was on my thigh, he became unconscious for a while, and when he recovered, he fixed his eyes on the ceiling and said, "O Allah! (Let me join) the Highest Companions (see Qur'an 4:69)," I said, "So, he does not choose us." Then I realized that it was the application of the statement he used to relate to us when he was healthy. So that was his last utterance (before he died), i.e. "O Allah! (Let me join) the Highest Companions."
Sahih Bukhari (Book #75, Hadith #359)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 26 Julai 2012

Tingkatan Iman Kepada Qadar

Golongan yang selamat, Ahlus Sunnah Wal Jama'ah beriman kepada qadar yang baik maupun buruk. Iman kepada qadar meliputi iman kepada setiap nash tentang qadar serta tingkatannya. Tidak ada seorang pun yang dapat menolak ketetapan Allah Azza wa Jalla.

Iman kepada qadar memiliki empat tingkatan:

Pertama: Al-'Ilmu (Ilmu)
Yaitu, mengimani bahwa Allah dengan ilmu-Nya, yang merupakan Sifat-Nya yang azali dan abadi, Allah Maha Mengetahui semua yang ada di langit dengan seluruh isinya, juga semua yang ada di bumi dengan seluruh isinya, serta apa yang ada di antara keduanya, baik secara global maupun secara terperinci, baik yang sudah terjadi maupun yang akan terjadi. Allah Maha Mengetahui tentang daun yang kering ataupun basah, biji-bijian yang tumbuh dan lainnya. Allah Maha Mengetahui semua yang ghaib dan Dia Maha Mengetahui segala amal perbuatan makhluk-Nya, serta mengetahui segala ehwal mereka, seperti taat, maksiat, rezeki, ajal, bahagia dan celaka.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua perkara yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Maha Mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak juga sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)." [Al-An'aam: 59]

Kedua: Al-Kitaabah (Penulisan)
Yaitu, mengimani bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mencatat seluruh taqdir makhluk di al-Lauhul Mahfuzh.

كَتَبَ اللهُ مَقَادِيْرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ بِخَمْسِيْنَ أَلْفَ سَنَةٍ.

"Allah telah mencatat seluruh taqdir makhluk lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi."

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ، قَالَ لَهُ: اُكْتُبْ! قَالَ: رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اُكْتُبْ مَقَادِيْرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُوْمَ السَّاعَةُ.

"Yang pertama kali Allah ciptakan adalah Qalam (pena), lalu Allah berfirman kepadanya: 'Tulislah!' Ia menjawab: 'Wahai Rabb-ku apa yang harus aku tulis?' Allah berfirman: 'Tulislah taqdir segala sesuatu sampai hari Kiamat.'"

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۗ إِنَّ ذَٰلِكَ فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

"Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (al-Lauhul Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu sangat mudah bagi Allah." [Al-Hajj: 70]

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (al-Lauhul Mahfuzh), sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah." [Al-Ha-diid: 22]

Oleh kerana itu, apa yang telah ditaqdirkan menimpa manusia tidak akan meleset darinya, dan apa yang ditaqdirkan tidak mengenai manusia, maka tidak akan mengenainya, sudah kering tinta pena itu dan sudah ditutup catatan.

Takdir ini mengikuti ilmu Allah Subhanahu wa Ta'ala, baik secara global maupun terperinci. Pertama bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mencatat dalam al-Lauhul Mahfuzh, segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Sedangkan, apabila Allah menciptakan janin ketika mencapai 4 bulan, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus kepadanya seorang Malaikat yang diperintahkan untuk mencatat 4 (empat) hal, yaitu tentang rezekinya, ajalnya, amalnya, serta celaka atau bahagia.

Kemudian, yang harus diketahui oleh setiap Muslim bahwa kita wajib mengimani qadha' dan qadar yang baik dan buruk, manis dan pahit. Qadha' dan qadar merupakan rahsia Allah yang tidak diketahui oleh seorang pun dari makhluk-Nya. Dan kewajiban kita adalah mengimani dan beramal sesuai dengan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya.

Ketiga: Al-Masyii-ah (Kehendak)
Yaitu, bahwa apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan terjadi. Semua gerak-geri yang terjadi di langit dan di bumi hanyalah dengan kehendak Allah Subhanahu wa Taala, tidak ada sesuatu yang terjadi dalam kerajaan-Nya apa yang tidak diinginkan-Nya. Mengimani masyiiah (kehendak) Allah Subhanahu wa Ta'ala yang pasti terlaksana dan qudrah (kekuasaan) Allah Subhanahu wa Ta'ala yang meliputi segala sesuatu.
Tentang hal ini terdapat untaian sya'ir Imam asy-Syafi'i rahimahullah
:
مَا شِئْتَ كَانَ وَإِنْ لَمْ أَشَأْ وَمَا شِئْتُ إِنْ لَمْ تَشَأْ لَمْ يَكُنْ.
خَلَقْتَ الْعِبَادَ عَلَى مَا عَلِمْتَ فَفِي الْعِلْمِ يَجْرِي الْفَتَى وَالْمُسِنْ.
عَلَى ذَا مَنَنْتَ وَهَذَا خَذَلْتَ وَهَذاَ أَعَنْتَ وَذَا لَمْ تُعِنْ.
فَمِنْهُمْ شَقِيٌّ وَمِنْهُمْ سَعِيْدٌ وَمِنْهُمْ قَبِيْحٌ وَمِنْهُمْ حَسَنٌ.

Apa yang Engkau kehendaki pasti terjadi,
kendati aku tidak menghendakinya. Sedang apa yang aku kehendaki, jika tidak Engkau kehendaki pastilah tidak terjadi. Telah Engkau ciptakan hamba-hamba, sesuai dengan apa yang Engkau ketahui. Di dalam ilmu berlangsung kehidupan,
orang muda dan orang tua. Kepada ini, Engkau anugerahkan, dan ini, Engkau terlantarkan. Ini, Engkau tolong, dan ini, tidak Engkau tolong.
Di antara mereka ada celaka, dan di antara mereka ada bahagia. Di antara mereka ada yang buruk, dan di antara mereka ada pula yang baik.

Allah adalah Maha Adil dan Maha Bijaksana, Allah memberi kurnia kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia menahan dari siapa pun yang Dia kehendaki, Allah memberi kekuasaan kepada siapa pun yang dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa pun yang dikehendaki-Nya.

Allah al-'Aliim al-Hakiim al-Qadiir berfirman:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

"Katakanlah: 'Wahai Rabb Yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mu-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam, Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki atas siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)." [Ali 'Imran: 26-27]

Allah al-Haadi berfirman:

وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

"Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (Surga), dan memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)." [Yunus: 25]

Allah memberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan menyesatkan siapa saja yang Dia kehendaki dan Allah tidak pernah berbuat zalim kepada hamba-hamba-Nya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ ۗ مَن يَشَإِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَن يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk mendapat petunjuk), nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus." [Al-An'aam: 39]

Dalil dari As-Sunnah:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، عَنِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ: يَا عِبَادِي إِنِّيْ حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِيْ وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً فَلاَ تَظَالَمُوْا...

Dari Abu Dzarr al-Ghifari Radhiyallahu anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, dari Allah تَبَارَكَ وَتَعَالَى, Dia Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezhaliman terhadap Diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzhalimi..."

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

لَوْ أَنَّ اللهَ عَذَّبَ أَهْلَ سَمَاوَاتِهِ وَأَهْلَ أَرْضِهِ لَعَذَّبَهُمْ وَهُوَ غَيْرُ ظَالِمٍ لَهُمْ وَلَوْ رَحِمَهُمْ لَكَانَتْ رَحْمَتُهُ خَيْراً لَهُمْ مِنْ أَعْمَالِهِمْ...

"Jika seandainya Allah menyiksa seluruh penghuni langit dan bumi, maka Allah tidak berbuat zhalim dengan menyiksa mereka. Jika seandainya Allah merahmati mereka, maka rahmat-Nya itu benar-benar lebih baik bagi mereka dari amal perbuatannya..."

Keempat: Al-Khalq (Penciptaan)
Yaitu, bahwa Allah Maha Pencipta atas segala sesuatu, baik yang ada maupun yang belum ada. Oleh karena itu, tidak ada satu makhluk pun di bumi atau di langit, melainkan Allah-lah yang menciptakannya, tiada pencipta selain Dia, tidak ada ilah melainkan hanya Allah saja.

Sebagaimana firman-Nya:

لَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." [Az-Zumar: 62]

Meskipun segala sesuatu yang ada telah Allah taqdirkan, akan tetapi Allah tetap memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk taat kepada-Nya, serta taat kepada Rasul-Nya, serta melarang mereka derhaka kepada-Nya. Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa, berbuat baik, berlaku adil, dan meredhai orang-orang yang beriman lagi beramal soleh. Akan tetapi Allah tidak mencintai orang-orang kafir, tidak meredhai orang-orang fasiq, Allah tidak memerintahkan untuk berbuat keji, tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya dan tidak menyukai kerosakan.

Manusialah yang benar-benar melakukan suatu perbuatan, sedangkan Allah yang menciptakan perbuatan mereka itu. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah-lah yang menciptakanmu dan apa yang kamu perbuat itu." [Ash-Shaaffaat: 96]

Manusia dan jin ada yang Mukmin, ada yang kafir, ada yang taat, ada yang maksiat, ada yang solat, ada pula yang tidak solat, ada yang bersyukur, dan ada juga yang tidak.

Manusia mempunyai kekuasaan atas perbuatan mereka, serta mereka pun mempunyai keinginan. Tetapi Allah-lah yang menciptakan mereka serta menciptakan kekuasaan (kemampuan) dan keinginan mereka itu, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

لِمَن شَاءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

"Yaitu bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah, Rabb semesta alam." [At-Takwir: 28-29]

Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman:

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila Allah menghendaki. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana." [Al-Insaan: 30]

Tingkatan-tingkatan qadar ini diingkari oleh seluruh golongan Qadariyyah, yang mereka disebut oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai Majusi ummat ini.

Qadariyyah dikatakan sebagai Majusinya ummat ini, kerana keyakinan dan pendapat mereka menyerupai agama Majusi tentang adanya dua sumber, yaitu cahaya dan kegelapan. Mereka menyangka bahwa kebaikan berasal dari perbuatan cahaya sedangkan keburukan berasal dari kegelapan. Begitu pula Qadariyah, mereka menyandarkan kebaikan kepada Allah dan menyandarkan keburukan kepada manusia dan syaithan.

Padahal Allah menciptakan keduanya secara bersamaan. Tidak akan terjadi sesuatu dari keduanya melainkan dengan kehendak Allah, keduanya disandarkan kepada-Nya tentang penciptaan dan kejadiannya. Dan disandarkan kepada orang yang melakukannya sebagai perbuatan dan usaha manusia.

Ada juga sebahagian golongan yang berlebih-lebihan dalam masalah qadar ini, sampai-sampai mereka tidak mengakui adanya kekuasaan dan kebebasan dalam diri manusia, serta mereka menolak adanya hikmah serta maslahat dalam perbuatan dan ketentuan (hukum) Allah SWT.

Iraadah (keinginan) dan amr (perintah) yang tercantum di dalam Al-Qur-an dan As-Sunnah ada dua macam:

Pertama: Iraadah Kauniyyah Qadariyyah yang pengertiannya sama dengan masyii-ah, dan amr kauniy qadariy.

Kedua: Iraadah Syar'iyyah yang berarti taqdir yang di-sukai dan dicintai oleh Allah dan amr syar'i.

Ahlus Sunnah menetapkan bahwa makhluk, dengan segala tingkah lakunya adalah ciptaan Allah Azza wa Jalla. Hanya Dia-lah Sang Pencipta. Allah-lah yang menciptakan tingkah laku dan perbuatan mereka. Makhluk mempunyai keinginan dan kehendak, tetapi keinginan dan kehendaknya itu mengikuti keinginan dan kehendak al-Khaliq. Ahlus Sunnah menetapkan bahwa segala yang diperbuat Allah ada hikmahnya dan segala usaha akan membawa hasil atas kehendak Allah Azza wa Jalla.

Berdalih dengan taqdir boleh dilakukan terhadap musibah dan cubaan, namun tidak boleh sekali-kali berdalih dengan taqdir atas perbuatan dosa dan kesalahan. Orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat harus bertaubat dari perbuatan mereka yang tercela.

Bersandar kepada usaha sahaja adalah termasuk syirik dalam tauhid, sedangkan meninggalkan usaha sama sekali bererti menolak ajaran agama. Pendapat yang menyatakan bahwa usaha tidak ada pengaruh dan hasilnya, merupakan pendapat yang bertentangan dengan ajaran agama dan akal. Sebab tawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak berarti meninggalkan usaha.

Imam Abu Ja'far ath-Thahawi (wafat th. 321 H) rahimahullah berkata: "Taqdir adalah rahsia Allah yang tidak dapat diketahui oleh hamba-Nya. Tidak dapat diselidiki baik oleh Malaikat yang dekat dengan-Nya ataupun Nabi yang diutus-Nya. Memberat-beratkan diri untuk menyelidiki hal itu adalah jalan menuju ke-hinaan, terhalangnya (ilmu) dan membawa kepada sikap melewati batas dan penyelewengan. Waspada dan berhati-hatilah terhadap seluruh pendapat, pemikiran dan bisikan-bisikan (yang jelek) tentang takdir tersebut. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menutup ilmu tentang takdir-Nya agar tidak diketahui oleh makhluk-Nya dan melarang mereka untuk mencoba menggapainya. Sebagaimana firman-Nya:

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

"Dia tidak ditanya tentang apa yang Dia perbuat, dan mereka-lah yang akan ditanyai." [Al-Anbiyaa': 23]

Barangsiapa yang bertanya: "Kenapa Allah melakukannya? Kenapa Dia berbuat begini dan begitu?" Maka sungguh, ia telah menolak hukum dari Al-Qur-an. Dan barangsiapa yang menolak hukum Al-Qur-an, maka ia termasuk orang kafir.

Sama2 kita renungkan... Selamat beramal!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 21 Julai 2012

DIALOG RASULULLAH SAW & IBLIS LAKNATULLAH MENGENAI PUASA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Ramadhan.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah S.A.W. telah menyoal iblis tentang puasa, sabda Nabi SAW maksudnya :

"Wahai iblis! apabila ummat-ku berpuasa dengan nama Allah apakah rasa engkau?"

Maka berkata iblis ;

"Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadan, maka akan memancarlah cahaya dari Arasy dan kursi, dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka-mereka yang berpuasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah SWT. dan Allah SWT. akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa, yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi langit, bulan,bintang, malaikat,burung-burung, ikan-ikan di laut,juga tiap-tiap yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah SWT. tiap-tiap hari dalam bulan Ramadan seribu kemerdekaan dari azab neraka dan ditutupkan segala pintu neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan.

Dan bertiupnya angin dibawah Arasy yang bernama angin Syirah. Angin yang sangat lembut melalui kedalam syurga, maka pada hari bermulanya ummat tuan hamba berpuasa itu, akan datang malaikat dengan garangnya tiada terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah SWT. berserta dengan segala bala tentera hamba yang terdiri dari jin, syaitan, dan ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekalian dimasukkan kebawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga selesai ummat tuan hamba dari berpuasa dan selepas itulah baharu hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan ummat tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.Sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam-malam yang lain"

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan dailog di atas, iblis, syaitan dan jin kafir yang menjadi bala tentera iblis telah di rantai dibulan Ramadan tetapi kenapa pada bulan ini masih ada orang Islam yang tidak berpuasa dan melakukan maksiat? Kenapa amalan-amalan dosa masih dilakukan oleh manusia seperti tidak berpuasa, main judi, masih membuka aurat, masih melakukan penipuan, cepat marah, ambil rasuah dan membuat berita-berita fitnah?

Walaupun iblis dan kuncu-kuncunya telah diikat (secara fizikal) tetapi kesan daripada amalan syaitan yang menguasai hawa nafsu manusia masih bebas tidak diikat, maka hasil daripada kebiasaan (buruk) yang melekat di hati manusia inilah yang mendorong untuk manusia meneruskan melakukan dosa dan maksiat.

Hasil daripada hasutan, bisikan, pujikan, dorongan iblis dan syaitan selama 11 bulan, kepada hati manusia hingga mendorongnya melakukan dosa dan maksiat (menjadi kebiasaan dan bersarang dihati) maka hati manusia telah menjadi hitam , keras, berkarat dan berpenyakit. Walaupun pendorongnya tidak ada tetapi kesan itu masih ada dan berlakulah amalan maksiat ynag berterusan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: 'Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka'. Surah Al-Mutoffifin ayat 14." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu'man bin Basyir)

Oleh itu jauhilah segala bentuk dosa-dosa samaada kecil atau besar supaya hati kita sentiasa bersih dan sejahtera daripada segala syirik. nifak dan sifat mazmumah.

Marilah sama-sama kita menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan berpuasa semata-mata kerana Allah SWT dengan azam untuk menjadi mukmin yang bertakwa. Inilah masanya untuk kita bersihkan hati kita daripada segala selaput dosa yang bersarang di hati dan meningkatkan iman dan takwa dan menjaga perhubungan hati kita dengan Allah SWT setiap masa dan ketika.

Semoga Allah menerima ibadat kita semua... InsyaAllah...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 14 Julai 2012

Jauhi Lima Perkara Yang Boleh Membawa Kepada Kesengsaraan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Fudhail bin Iyadh berkata : "Terdapat lima tanda kesengsaraan;
1. hati yang keras,
2. mata yang tidak mahu menangis,
3. hilang perasaan  malu ,
4. terlalu cintakan dunia, dan
5. panjang angan-angan." 


Huraiannya :

1. Hati yang keras .

Hati dan roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.


Hati sangat sensitif, peka dan perasa. Ia adalah wadah tempat mengisi 'barang-barang'. Siapa yang mengisinya? Samaada syaitan atau malaikat, yang berebut-rebut mengisinya. Kalau malaikat yang mengisi, maka baiklah hati. Jika syaitan yang mengisi maka jahatlah hati. Yang diisi oleh malaikat ialah hidayah, wahyu dan ilham kebaikan. Jika syaitan yang mengisi, akan diisi dengan kekufuran, was-was dan keraguan.


Hati yang keras kerana tertumpuknya dosa. Tidak mahu melakukan ketaatan dan amal kebaikan adalah salah satu tanda hati yang keras. 


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (QS At-Taubah ayat 54). 


Sesungguhnya malas adalah amalan syaitan . Hati yang keras tidak akan tersentuh oleh ayat-ayat al-Quran kerana lalai dari membaca al-Quran serta mendengarkannya. Tidak tersentuh dengan ayat-ayat peringatan seperti  kematian, sakit dan bencana sepatutnya ayat-ayat ini  akan dapat memberikan pelajaran. Hati tidak merasa apa-apa apabila al-Quran menceritakan mengenai seksaan neraka. Hati yang keras disebabkan oleh kecintaan pada dunia dan melupakan akhirat. Salah satu sebab hati menjadi keras adalah kerana lalai dan bertemankan orang yang jahat dan buruk akhlaknya suka mendekatkan diri kepada maksiat serta terbiasa melakukan dosa dan kemungkaran itu sendiri.


Marifatullah atau mengenal Allah SWT akan dapat membantu melembutkan hati. Kesedaran akan kebesaran Allah SWT, keluasan nikmat, dan kuasa-Nya, mengingati mati, mengingat bahawa akan datang hari akhirat. Hati akan menjadi lembut apabila banyak membaca al-Quran dan memperhatikan ayat-ayat Al-Quran, lebih-lebih bila diamalkan. 


Memperbanyak zikir,mengingat Allah, dan beristighfar. Bersahabat dengan orang soleh dan bergaul dengan mereka, orang yang akan memberikan semangatnya dan mengingatkan kita ketika terlupa.


2. Mata yang tidak mahu menangis.

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)


Mata yang tidak mahu menangis ketika keseorangan kerana kerasnya hati. Beruntunglah orang yang dapat menangis kerana takut kepada Allah SWT terkenang dosa-dosa yang dilakukannya. Kadangkala menangis juga boleh terjadi kerana besarnya kasih sayang Allah dalam dada seseorang. Namun demikian, rugi rasanya jika air mata mengalir untuk hal-hal  tidak bernilai di sisi Allah SWT(seperti air mata mengalir kerana melihat cerita sedih di television) sementara air matanya tidak mengalir bila teringat azab neraka Jahanam dan azab kubur.


3. Hilang perasaan  malu.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
 

Hilangnya perasaan malu dalam jiwa boleh menyebabkan seseorang insan itu tanpa segan silu mengerjakan maksiat Mengenai hubungan iman dan malu, Ibnu Quthaibah berkata, sifat malu dapat menghalang dan menghindarkan seseorang melakukan kemaksiatan seperti iman. Maka sifat malu disebut sebagai iman, seperti sesuatu dapat diberi nama dengan nama lain yang dapat menggantikan makna perkataan tersebut.


Rasa malu kerana berbuat maksiat. Bukan rasa malu untuk melakukan kebaikan seperti malu memakai pakaian menutup aurat, malu menghadiri solat jamaah, atau malu-malu sebagainya yang malah menjauhkan dari kebaikan. Malu yang sesungguhnya adalah takut untuk melakukan suatu keburukan dan malu untuk melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT. Bila malu yang semacam ini tumbuh dalam diri seorang muslim, maka ia akan terhindar dari segala keburukan, senantiasa taat pada perintah Allah SWT.


4. Terlalu cintakan dunia.

Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur." (Hadis riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)


Firman Allah SWT maksudnya : "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah Al-Hadid (57) ayat 20)


Manusia yang terlalu cinta dunia, fikirannya akan dipenuhi urusan dunia hingga lupa akan akhiratnya. Seperti bekerja hingga solatnya di akhir waktu atau bahkan terlupa. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan kekal daripada dunia yang dikejar-kejarkan.

  
5. Panjang angan-angan.

Panjang angan-angan adalah didorong oleh hawa nafsu yang cintakan dunia berlebih-lebihan hingga hilang rasa takut tentang dosa dan amalan yang sedikit. Syaitan akan mendorong seseorang itu panjang angan-angan dan memberi rasa seronok hidup di dunia dan melupakan saat kematian.


Seseorang yang panjang angan-angannya pada dunia, akan lupa pada kematian. Kerana dunia telah membuatnya merasa tenteram. Sementara ketenteraman semacam ini hanyalah sementara tidak kekal.


Allah SWT berfirman maksudnya : "Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan"
(Surah Hud (11) ayat 15-16).


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya dunia itu dilaknat, berikut segenap isinya juga dilaknat, kecuali jika disertai untuk tujuan kepada Allah SWT."


Segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak akan bermakna, semua harta, gelaran, pangkat, kedudukan dalam masyarakat dan populariti tidak akan bernilai di sisi Allah SWT jika tidak digunakan di jalan Allah SWT.


Marilah sama-sama kita jaga dan jauhi lima perkara yang boleh mendatangkan kesegsaraan iaitu hati  yang keras, mata yang tidak mahu menangis, hilang perasaan  malu , terlalu cintakan dunia, dan  panjang angan-angan sebagaimana kata-kata nasihat Fudhail bin Iyadh. 


Gantikan lima perkara ini kepada lima perkara yang boleh membawa kebahagiaan iaitu hati yang bersih dan sejahtera, mata yang mudah menangis kerana terkenangkan dosa-dosa yang dilakukan,mempunyai sifat malu untuk melakukan maksiat, tidak cinta dunia digantikan dengan cinta hari akhirat dan tidak panjang angan-angan (meraskan hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi).


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone