Rabu, 11 Disember 2013

42 NASIHAT AGAMA YANG AMAT BERGUNA





بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه ”

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

Khamis, 21 November 2013

CUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH S.A.W


Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

1) Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2) Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3) Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

Semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..

Tiba2, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah S.A.W. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah S.A.W. sambil membentak-bentak Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda S.A.W. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda S.A.W. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad S.A.W. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.

SYUKUR ALHAMDULILLAH, hari ini percubaan mencuri dan membongkar makam Nabi akhir zaman itu tidak mungkin lagi berlaku, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat, TETAPI kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da’wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda S.A.W..

Jadi, kita tetap perlu berhati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.

Firman ALLAH, mafhumnya :

” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

1. CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI
Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah.

2. CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN  AL-UBAIDI
Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan   mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.

3. PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI.
Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

4. SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH  HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH.
mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

5. PADA KURUN KE-9 HIJRAH
40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.

LIHATLAH KERJA-KERJA NASRANI YANG BEGITU HASAD PADA ISLAM.

WINAMP MEDIA PLAYER: BAKAL BERAKHIR DISEMBER INI

Suatu ketika dulu, Winamp merupakan salah satu pemain media yang popular. Mula diperkenalkan pada April 1997, dan kini selepas lebih kurang 16 tahun hadir ke pasaran, Winamp bakal ditamatkan dan tiada lagi kemaskini akan diperkenalkan selepas 20 Disember 2013.

Winamp sedia ditawarkan bukan sekadar untuk komputer Windows sahaja, tetapi turut sama untuk peranti Android. Ia sedia terkenal untuk pengurusan fail MP3, disamping tawaran tema yang berbeza mengikut minat pengguna.

Selepas tarikh 20 Disember 2013 ini, laman Winamp.com akan ditutup, sekaligus membuatkan tiada lagi tawaran muat-turun untuk Winamp Media Player selepas tarikh tersebut.

Bagi yang berminat, masih boleh memuat-turun versi stabilnya hari ini, dan kekal menggunakannya selepas tarikh tersebut. Namun, tiada sebarang kemaskini akan diterima untuknya selepas terikh berkenaan.

Teman pernah men'DJ' menggunakan Winamp ni sekitar tahun 2005. Sewaktu aktif ber'Mirc. 


Isnin, 18 November 2013

INFO KESIHATAN: DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI


RAWATAN DARAH TINGGI, KOLESTEROL, LEMAK, SALURAN DARAH KERAS/TERSUMBAT/SEMPIT/ARTHEROSCLEROSIS, DARAH PEKAT, LEMAH JANTUNG
Aetiology Penyakit Darah Tinggi
Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120 mm Hg (systolic pressure), dan 75 mm Hg (diastolic pressure). Umumnya, jika tekanan systolic tinggi > 130 mm Hg, menunjukkan saluran darah mula mengeras yakni kurang anjal dan terdapat penyempitan oleh plaq kolestrol, lemak dsb pada dinding salur darah.

Jika tekanan diastolic pula tinggi > 85 mm Hg, menunjukkan darah mula pekat (konsistensi bendalir darah yg pekat @ blood fluid rheology) yg menyebabkan aliran darah mula perlahan. Ini disebabkan tingginya kandungan kolestrol jahat LDL dan lemak (triglyceride).  HDL yg berfungsi mengangkut kolestrol LDL pula semakin menurun.  

Jika tak dirawat & kawal pemakanan, berlaku penyempitan salur darah yg menyebabkan kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik meningkat. Lama-kelamaan salur darah semakin sempit & keras serta kurang anjal akibat pengumpulam lemak, kolestrol dan enapan plaq pd dinding salur darah, dan terus meningkatkan tekanan darah. Kemudian beberapa salur darah kecil spt arteriol boleh tersumbat.

Bila kebanyakan dinding salur drh diselaputi oleh plaq, maka tekanan drh memang sukar utk dikawal. Ia sentiasa tinggi walaupun diberi ubat preskripsi yg membesarkan salur drh. Salur drh sudah tidak anjal lagi. Reseptor utk bhn aktif ubat drh tinggi juga sudah diselaputi plaq. Jadi bagaimana ubat nak berkesan.. Inilah punca tekanan drh tinggi tegar yg boleh mencapai lebih 200 mm Hg (tekanan sistolik). Tekanan diastolik pula sentiasa melebihi 100 mm Hg. Maka risiko lumpuh akibat pendarahan di otak akibat salur kapilari pecah atau sumbatan salur kapilari di otak Oksigen tak sampai di otak boleh menyebabkan anggota bahagian berkenaan menjadi lemah dan lumpuh..

Darah yang cair dari segi warna (kurang merah) dan juga kelikatan disebabkan kurang sel darah merah dan/atau hemoglobin dipanggil anemia. Tekanan darah boleh turun rendah drp normal. Bila luka, darah susah keluar pada mulanya atau keluar sedikit sahaja. Kulit terutama bahagian muka kelihatan pucat & tak bermaya. Cepat letih, sukar bernafas, nafas tercungap akibat kurang oksigen, pening pusing / bergoyang, sakit kepala terutama bahagian belakang kepala.

Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen akibat edaran darah terjejas oleh darah yg likat, salur darah sempit / tersumbat & faktor psikologi yakni stress. Ia disebabkan paras LDL & lemak / triglyceride tinggi, HDL rendah yg boleh meningkatkan kedua2 tekanan sistolik & diastolik. Darah juga lebih berasid akibat lemak trans sintetik (HVO), pengambilan makanan terproses oleh kilang (highly refined processed foods) yang lebih bersifat asidik (berbanding whole foods yg lebih berserat, mineral, vitamin, berkhasiat nutrisi & antioksidan), kurang mengambil makanan & minuman beralkali spt buah & sayuran segar, makanan yg banyak bhn kimia, mengambil ubatan kimia yg lama, merokok, tekanan emosi dsb. 

Ini boleh menyebabkan pengumpulan bhn toksik yg berlebihan dlm darah dan seterusnya mengakibatkan sakit2 badan, sakit kepala / migrain / pening, sakit belakang & pinggang, slip disc, lenguh, kebas, tidur tak lena, kelesuan & lemah badan, cepat letih, selalu mengantuk terutama lepas makan & semasa memandu, sakit otot, sesak nafas, nafas tercungap terutama bila naik tangga atau kerja fizikal/senaman, banyak angin, sembelit atau diarea, lemah penghadaman, hilang daya tumpuan, cepat marah dsb.

Darah boleh mengandungi lendir, lemak/berminyak & berbuih bila keadaan ini semakin teruk akibat paras LDL, lemak, bahan toksik/kumuh & keasidan darah yg semakin meningkat. Paras oksigen darah semakin menurun. Molekul radikal bebas yg degenaratif merosakkan sel2, tisu2 dan fungsi organ mula terjejas serta menunkkan tanda2 penyakit.  Salur darah semakin sempit dan boleh terjadi sumbatan. Bekalan darah & oksigen kpd sel, tisu & organ berkurangan serta terganggu. Jika sumbatan  berlaku pd otot jantung & otak, strok boleh berlaku.

Kesimpulannya , punca utama darah tinggi pd zaman moden ini adalah produk makanan yang diproses spt berikut mengikut turutan :

1. Minyak sayuran terhidrogen (HVO) iaitu majerin, shortening, emulsifier drp HVO spt GMS / diglyceride / monoglyceride, non-diary creamer, butter & Ghee campuran HVO, gantian cocoa butter drp minyak sawit (dlm kebanyakan coklat) dsb adalah punca utama meningkatnya statistik penyakit darah tinggi, lumpuh, heart stroke, penyakit jantung koronari, dan diabetes mellitus type II. Penyakit ini menjadi punca utama kematian kebanyakan negara seluruh dunia. Kebanyakan produk makanan dikilang mengandungi satu atau beberapa bahan HVO diatas spt roti, biskut, kek, pastry, pasta, makanan ringan, coklat, potato chips, roti canai, ayam goreng segera. Sejak terciptanya HVO pd awal kurun 1900 oleh ahli kimia Barat, statistik penyakit-penyakit diatas terus meningkat dari tahun ke tahun.
#Rating penyebab darah tinggi = ******
Nota : rating 6 bintang ini adalah tertinggi yg menjadi punca utama terjadinya (pathogenesis) drh tinggi, artheriosclerosis, drh pkt, hypercholesterolemia, strok  dsb.

2. Daging lembu (terutama lembu yg berumur lebih 2 tahun) juga boleh meningkatkan tekanan darah walaupun orang yg bebas tekanan darah tinggi. Kecuali daging lembu betina berumur kurang 2 tahun yg tak pernah beranak..Walaupun diet seseorang bebas makanan diproses spt HVO dan highly refined processed food, tekanan darah boleh meningkat selepas makan daging lembu. Ini mungkin disebabkan, nutrien, asid amino tertentu & vitamin dalam daging lembu lebih rendah berbanding dgn lamb. Contohnya kandungan asid amino L-carnitine ( agen pengangkut molekul asid lemak pada sel)  dan coenzyme Q10 (meningkatkan pembakaran kalori) paling tinggi dalam haiwan ternakan yg lebih muda spt lamb (anak biri-biri berumur 1 tahun ke bawah). Jadi metabolisma dan pengangkutan lemak serta kolesterol dlm daging lembu lebih rendah atau kurang efisien. Walaubagaimanapun daging lembu tidaklah seteruk minyak HVO (majerin).
 *Rating penyebab darah tinggi = **

3. Produk daging yg diproses spt burger, nugget, sausage, meat ball yg sangat kurang nutrien serta tinggi bahan kimia, MSG (taste enhancer yg tinggi sodium) dan lemak tepu. Ia juga mengandungi HVO, emulsifier.. Metabolisma dan pengangkutan lemak tepu dlm daging diproses ini sangat tidak efisien.
*Rating penyebab darah tinggi = *****

4. Makanan bergoreng juga boleh menyebabkan modifikasi molekul minyak sayuran terutama jika digoreng pd suhu tinggi 400C (deep fry). Jika berulang-kali minyak ini digunakan utk menggoreng makanan yakni melebihi 3 kali recycle, maka lebih banyak molekul asid lemak trans terbentuk. Lemak yg terdapat dalam makanan sebegini juga sangat rendah metabolismanya dlm tubuh. Nutrien juga hampir tiada. Kesannya spt HVO dan lemak trans hasil proses penghidrogenan minyak sayuran.
 #Rating penyebab darah tinggi = **

5. Daging ayam, kambing atau sebagainya yg dimasak rendang atau serunding. Ini kerana minyak sayuran dan lemak haiwan yg dimasak lama berjam-jam sehingga kering airnya akan meningkatkan suhu masakan melebihi 100-200C. Warna rendang atau serunding akan menjadi semakin gelap. Molekul minyak sayuran dan lemak berubah, dan bioavailabiliti minyak & lemak ini menurun. Ia tak dpt diguna dan dimetabolisma sepenuhnya. Tetapi selepas rendang atau serunding telah pekat (lebih 60% airnya telah hilang), kemudian ia dimasukkan ke dlm oven pada suhu 70-80C utk dikeringkan selanjutnya, maka pembentukan asid lemak trans dpt dielakkan.
 # Rating penyebab darah tinggi  = *
Nota : jika daging lembu digunakan utk membuat rendang, serunding atau produk daging diproses (burger, sausage, nugget) , maka rating penyebab drh tinggi bertambah..

6. Highly refined processed carbohydrate foods spt tepung gandum putih, beras putih, mi kuning, gula pasir putih, konfeksioneri, gula-gula, coklat, biskut, kraker, roti boleh menyebabkan hyperinsulinemia jika menjadi diet harian utama.. Ini seterusnya menjadi insulin resistant dan lemak berkumpul dlm badan. Lihatlah pesakit diabetes type II yg telah menerima suntikan insulin bertahun-tahun lamanya (yg bergantung kpd suntikan insulin semata-mata untuk mengawal paras gula darah), berat badannya berlebihan (obes). Lemang yg dimasak menggunakan pulut & santan juga boleh meningkatkan tekanan darah jika diambil berlebihan oleh mereka yg ada faktor risiko drh tinggi. Indeks glycemik pulut adalah tinggi.
#Rating penyebab drh tinggi = *

7. Bahan kimia, perisa & aditif dalam makanan spt karamel, MSG, yg boleh merangsang kenaikan tekanan darah akibat perubahan tindakbalas biokimia dlm tubuh.  Garam halus refined / sintetik yg hanya mengandungi sodium klorida juga boleh menaikkan tekanan drh kerana ia meningkatkan kepekatan darah..Bioavailibiliti garam halus sintetik sangat rendah berbanding garam asli laut / bukit. Boleh menyebabkan sakit kepala, pening, migrain, loya, denyut jantung & nadi  bertambah. Pengambilan kafein berlebihan juga dpt mengecutkan salur drh yg menaikkan tekanan drh secara jangka pendek.
 #Rating penyebab drh tinggi = *

Tambahan : Punca Penyakit Strok
Antara punca utama stroke pd zaman moden... Bila sakit kepala, terus ambil ubat pain killer (paracetamol adalah nama kimia ubat pain killer OTC yg boleh didapati dgn mudah di kedai2 runcit yg mempunyai byk brand di pasaran).. 

Paracetamol menghilangkan rasa sakit sedangkan punca sebenar sakit & pening kepala tak diatasi. Iaitu darah mula pekat, berasid, paras oksigen menurun akibat makanan moden yg telah diproses dgn teruknya sehingga menghilangkan hampir semua khasiat nutrien dlm makanan asli wholefoods tersebut. 

Makanan ini ditambah pula dgn vitamin sintetik & mineral kimia yg sangat kurang bermanfaat kpd tubuh malah memberi mudarat utk jangka masa panjang. Bhn aditif kimia sintetik juga ditambah yg menyebabkan darah semakin berasid bila ia memasukki badan.

Tetapi yg sebenarnya ciptaan ahli kimia Barat yg paling mudarat pd tahun 1900 adalah HVO (Hydrogenated Vegetable Oil). HVO inilah yg memberi kesan buruk (adverse) yg amat ketara terutama kpd kepekatan cecair darah, dinding saluran darah. HVO adalah punca utama peningkatan paras kolesterol jahat LDL, lemak trans, jumlah kolesterol dlm darah. 

Seterusnya menyebabkan pembentukan plaq pd dinding arteri salur darah, yg semakin hari semakin menebal, sehingga berlaku sumbatan pd arteri. Paracetamol boleh mencairkan darah tetapi tak dpt melakukan proses detoksifikasi darah dan tubuh secara menyeluruh spt yg dilakukan oleh banyak herba dan makanan asli wholefoods.. Paracetamol tiada nutrien utk  membina & memperbaikki sel-sel dan tisu yg rosak/mati spt yg dilakukan oleh sebahagian herba & makanan wholefoods spt halba, jintan hitam, madu yg tinggi kandungan nutrien disamping bhn aktif utk merawat drh tinggi..  

Malah paracetamol yg diambil dlm jangka masa panjang boleh menyebabkan dinding salur drh menjadi fragile yakni rapuh. Bila tekanan darah meningkat sehingga 160 ke atas (tekanan semasa jantung mengepam drh), maka salur drh boleh pecah, lalu terjadilah strok jika berlaku pd salur drh otak.

Sebenarnya rasa sakit & pening kepala itu adalah mekanisma kawalan otak memberitahu supaya kita membetulkan keadaan drh yg telah berubah itu. Bila selalu mengambil pain killer, kita tak dpt merasai mekanisma sakit itu, dan kita tak membuat pembetulan terhadap pemakanan & rawatan yg sesuai , sehingga keadaan drh dan dinding salur drh menjadi semakin keras, fragile sehingga blh menyebabkan stroke..

 Bolehkah Pesakit Darah Tinggi Makan Daging Kambing?
Bagi orang normal, tiada masalah mengambil daging kambing terutama lamb (bebiri berumur kurang 2 tahun) kerana dinding salur darahnya masih anjal dan tiada enapan plaq. 

Tetapi bagi pesakit drh tinggi, salur darahnya sudah mula mengeras (rigid) akibat enapan plaq. Tambahan pula banyak mengambil makanan terproses yg bersifat asid atau kurang beralkali, tidak mengandungi khasiat wholefoods spt vitamin, mineral, bioflavonoids dan antioksidan. 

Daging kambing terutamanya lamb (anak biri-biri) mudah dihadam dan diserap ke dalam darah. Ia mengandungi zat yg lengkap utk tubuh termasuk zat utk membina sel darah merah. Jadi pembentukan sel darah merah sangat efisien yg meningkatkan volum plasma atau cecair darah. Sedangkan dinding salur darah tidak berapa  mengembang kerana keras. Ini akan meningkatkan tekanan darah dgn mendadak bg pesakit drh tinggi terutama pesakit yg kronik dan tegar. Ini boleh membahayakan pesakit. 

Jadi, pada permulaan pesakit drh tinggi harus elak ambil daging kambing. Selepas membuat rawatan pembersihan salur darah (dgn herba dan pemakanan) dan tekanan sudah kembali normal, baru boleh ambil daging kambing.

Kalau rawatan dgn ubat hypotensive hospital (ubat darah tinggi yg dipreskripsi oleh doktor yakni drug) semata-mata, walaupun tekanan menjadi normal, pesakit masih tak digalak makan daging kambing. Ini kerana salur darah masih diselaputi plaq. Ubat hypotensive hanya bertindak membesarkan salur darah.

Yang mana ubat drh tinggi ini semakin lama semakin tak berkesan jika HVO masih diambil. Walaupun makan ubat pencair darah spt aspirin dsb. Dinding salur semakin teruk diselaputan enapan plaq.

Sebenarnya daging kambing terutama lamb (lean meat yg kurang lemak tepu pejal) tidak meningkatkan kolesterol dan lemak darah. Ia meningkatkan kolesterol baik HDL serta membantu menstabilkan tekanan darah. Kerana zat & nutrien dlm daging kambing lamb berada pd tahap optimum yg  sgt efisien dlm metabolisma pembakaran kalori lemak. Lemak & kolesterolnya tidak menyebabkan enapan plaq pd dinding salur darah. Kolesterol dan lemaknya diangkut ke sel-sel dan digunakan  sepenuhnya. Dengan syarat makanan yg diambil seharian bebas lemak sayuran HVO, baru tekanan darah sentiasa stabil walaupun makan daging kambing.

Lagipun kandungan kolesterol & lemak tepu dalam daging kambing khususnya lamb (bebiri berumur kurang 2 tahun) lebih rendah drp daging lembu. Lebih spesifik, daging bahagian kaki hadapan (paha) yg terbaik, kemudian kaki belakang (paha), kemudian tulang rusuk. Daging pada bahagian yg menjauhi kepala dan perut lebih baik drp bahagian yg dekat dgn keduanya. Kerana lemak & kolesterol lebih tertumpu pada bahagian yg mendekati kepala & perut, seperti daging pada bahagian bahu (shoulder) mengandungi banyak lemak tepu. 

Organ dalaman juga tinggi kandungan lemak & kolesterol spt hati, limpa, ginjal, otak, usus, jantung. Bahagian ekor juga lebih tinggi kandungan lemak & kolesterol.
Jadi bagi mereka yg berisiko mengalami darah tinggi & pesakit darah tinggi, cuba elakkan organ dalaman dan bahagian daging yg mengandungi banyak lemak seperti shoulder / bahu, kepala, usus / perut, ekor.

Juga, daging kambing lamb yg berasal dari Australia lebih banyak lemak berbanding daging lamb New Zealand. Daging lamb New Zealand juga lebih bermutu. Ini mungkin disebabkan faktor kualiti makanan yg diberi, varieti / jenis kambing yg diternak dsb.

Cara masak daging kambing juga penting. Masakan terbaik adalah rebus atau stim. Jika dibuat barbeque atau panggang yg tidak berlebihan, boleh juga spt 'half done'. Jangan dipanggang  sampai jadi kehitaman, hangit dan hilang jus dagingnya sehingga daging menjadi kurang bermanfaat kpd tubuh bila dimakan.

Daging yg dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani juga tidak elok utk kesihatan lebih-lebih lagi menggunakan majerin, minyak sapi atau butter campuran HVO. Daging kambing yg dimasak gulai atau kari yg pekat dgn santan kelapa juga tidak menyihatkan. Kerana berlebihan dos dalam mengambil lemak tepu asli & kolesterol juga memudaratkan kesihatan.

Lemak tepu haiwan asli VS minyak sayuran terhidrogen HVO
Butter susu asli VS majerin, krimer non-diary, krim HVO, lepa susu HVO
Lemak tepu asli spt lemak koko asli, butter susu asli, minyak ghee asli, susu lembu segar, minyak kelapa, santan kelapa, minyak kelapa sawit asli  (penuh nutrien, antioksidan, vitamin E) sangat berbeza dgn minyak sayuran terhidrogen atau dipanggil juga man made fats, bad fats atau minyak sayuran semi-sintetik.

HVO akan meningkatkan tekanan drh, kepekatan drh, serta membentuk enapan plaq pd salur drh. Sebaliknya lemak tepu asli tidak menyebabkan perkara ini berlaku jika diambil secara sederhana, proses penyediaan yg sederhana serta diet seharian bebas HVO.

Pantang HVO, semua lemak tepu asli boleh diambil. Ambil HVO, satu-persatu lemak tepu asli tak boleh diambil. Doktor akan nasihat 'makan sayur dan buah sahaja lah'.
Majerin tak akan dihurung oleh binatang, semut, lipas, tikus, cicak. Sebaliknya butter susu asli penuh dihurung semut, dimakan oleh tikus, lipas dsb. Tengoklah bagaimana haiwan pandai memilih makanan yg bermanfaat.

Itik yg diberi makan nasi minyak Ghee HVO atau majerin atau butter campuran HVO akan lumpuh. Begitu juga dgn ayam yg diberi biskut yg ada majerin dan karamel akan menjadi lemah dan moyok. Jika anak ayam diberi makan ada majerin, boleh menyebabkan kematian dlm beberapa hari sahaja..

Bagi orang normal yg tidak mengambil HVO, pengambilan lemak tepu asli secara sederhana mengikut keprluan tubuih, tidak akan meningkatkan tekanan darah atau menjadikan darah pekat. Kemungkinan LDL meningkat sedikit, tetapi HDL juga meningkat utk mengangkut LDL utk dimetabolismakan. Lemak tepu asli yg disediakan atau diproses secara sederhana (tanpa suhu tinggi), yg tidak merosakkan struktur asal asid lemak spt masakan stim, rebus, reneh, sangat bermanfaat pd tubuh. Ia dimetabolisma dan digunakan serta dikumuhkan sepenuhnya. Sebab itu kita rasa ringan , bertenaga dan badan agak panas sedikit tapi berpeluh.

Tetapi bg pesakit darah tinggi, lemak tepu asli perlu dikurangkan seminima yg mungkin. Ini kerana dinding salur darahnya sudah mengeras akibat enapan lemak dan kolesterol pd dinding salur darah.
Kadar HDL per Total Kolesterol  bg kebanyakan  pesakit drh tinggi, artheriosclerosis, drh pekat juga biasanya lebih rendah menyebabkan ia tidak sesuai makan lemak tepu asli. Kerana lemak tepu asli juga meningkatkan LDL.

Untuk reverse keadaan pesakit drh tinggi ini, ia perlu :
1. Elak HVO sepenuhnya.
2. Membersihkan darah drp LDL, lemak HVO : wholefoods & herba, cuka epal.
3. Membersihkan  dinding salur drh drp plaq.: wholefoods, antioksidan, halba, minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa dara, soluble fiber, cuka peraman buah, susu masam / yoghurt..
4. Mengalkalikan darah dgn makanan wholefoods, sayur dan buah, bijirin asli.
5. Meningkatkan  HDL dan menurunkan total kolesterol & LDL : wholefoods, minyak kelapa dara, omega-3, minyak zaitun extra virgin..
6. Menguatkan dinding salur darah supaya lebih elastik : bioflavonoids dlm kurma merah, goji, berry, buah warna terang
Selepas melakukan 'pembersihan darah & dinding salur drh' ini beberapa minggu atau beberapa bulan bg pesakit tegar, tekanan drh kembali normal dan dinding salur drh bersih drp plaq, baru lemak tepu asli boleh diambil secara sedikit demi sedikit sambil memantau tekanan drh.

Bagaimana herba bertindak menurunkan darah tinggi
1. Menggalakkan peredaran darah dgn mencairkan darah spt halia, jintan hitam, halba, bidara, kurma merah. Halia mengandungi asid salicylic yg mencairkan darah.
2. Serat terlarut spt halba, rumpai laut, oat & barli (beta glucan). Carrageenan dlm rumpai laut mengikat kolesterol dan lemak dlm darah utk diangkut dan dimetabolismakan.
3. Menurunkan paras kolesterol jahat LDL serta meningkatkan kolesterol baik, HDL. Kebanyakan herba & makana wholefoods bersifat begini.
4. Melarutkan lemak dan enapan plaq pd dinding salur darah. Tindakan ini adalah gabungan enzim, vitamin B kompleks, vitamin E, asid organik, asid lemak perlu spt omega 3, dan faktor phytonutrien lain. Herba ini juga dapat membersihkan darah serta menyingkirkan selaput lemak trans (HVO) & lemak tepu pd sekeliling sel darah merah. Kebanyakan herba, ulaman, wholefoods mempunyai ciri ini. Tapi herba yg paling kuat dpt melarutkan dan membersih darah adalah cuka epal (cuka peraman buah dsb), lemon, halba, minyak omega 3, minyak zaitun extra virgin (cold press), minyak kelapa dara (cold process @ peraman), susu masam @ yoghurt, kefir.
5. Kandungan anti-oksidan spt bioflavonoids & vitamin C dalam herba dan makanan wholefoods yg berwarna terang spt kurma merah, goji, berry. Ia menjadikan dinding salur darah elastik @ anjal dan kuat yakni tidak rigid & fragile. Jadi sistem kardio-vaskular menjadi sihat dan kuat serta menstabilkan tekanan darah.
6. Membesarkan salur darah (mengandungi bhn aktif vasodilator) spt daun durian belanda, bidara, jintan hitam, mahkota dewa, hempedu bumi, mengkudu dsb.
7. Menjadikan salur darah berada dlm keadaan 'relax' yg menurukan tekanan darah.
8. Meningkatkan kandungan nitric oxide yg semulajadi dlm darah. Ini dpt meningkatkan peredaran darah dalam salur halus kapilari dan salur darah lain.
9. Kandungan nutrien yg banyak dan pelbagai dalam makanan wholefoods dan herba termasuk semua asid amino perlu, asid lemak perlu, oleic acid, mct,  vitamin B kompleks, pelbagai mineral & unsur surih mineral, pelbagai anti-oksidan, karbohidrat kompleks, serat makanan dpt menstabilkan tekanan darah.
  
Herba yg berkesan utk merawat darah tinggi
1. Daun durian belanda / soursoup leaf : Paling berkesan menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia agen vasodilator (membesarkan salur darah) yg kuat. Jadi utk pesakit jantung, pesakit kronik terlantar yg lemah, tekanan darah rendah & anemia perlu hati-hati kerana ia menurunkan denyut jantung. Jadi dos yg sesuai sangat penting. Kekerapan pengambilan perlu dikurangkan. Begitu juga dgn kombinasi herba penyeimbang dpt mengurangkan kesan sampingan ini. Badam, biji gandum, beras perang / parboiled rice & sup ayam kampung dapat mengurangkan kesan sampingan mengambil daun durian belanda.
2. Mahkota dewa : Juga berkesan merawat darah tinggi. Dos : 1-2 hiris mahkota dewa yg telah dikering direndam dalam satu cawan air panas. Tambah madu Wescobee / Capilano. Minum.
3. Halba / fenugreek : Walaupun lembut tindakannya, halba agak berkesan kerana dose-dependant. Halba boleh diberi dalam dos yang tinggi spt 25 gm sehari utk sebulan tanpa kesan sampingan. Halba dapat membersihkan dinding salur darah yg sempit akibat plaq kolesterol & lemak.
4. Cuka epal, cuka kurma, cuka nipah atau cuka peraman. Juga berkesan melarutkan plaq kolesterol & lemak pd dinding salur darah. Makan 2 sudu besar yg dibancuh air mineral  dan madu Wescobee 3 kali seminggu.
5. Jintan hitam / Nigella sativa. Jika diambil jangka masa panjang dapat menurunkan darah tinggi yg tegar sekalipun. Sebaiknya dicampur dengan halba, halia, kunyit, daun beluntas.
6. Daun beluntas
7. Mengkudu besar (buah & daun)
8. Daun bidara & buah kurma merah/bidara : Berkesan merawat darah tinggi serta migrain atau sakit kepala yg selalu dialami oleh pesakit drh tinggi. Tetapi tidak boleh diambil setiap hari kerana melemahkan badan. Seminggu ambil 2-3 kali. Seeloknya dicampur jintan hitam dan halba.
Nota : Daun durian belanda, daun bidara, buah mahkota dewa, dan cuka epal tidak seharusnya dicampur sekali kerana kesan sampingan yg terlalu kuat. Jintan hitam dan halba adalah herba penyeimbang yg sesuai utk semua herba diatas jika gabungan herba ingin dibuat. Ia akan meningkatkan kesan menurunkan tekanan drh tinggi dgn lembut tanpa kesan sampingan (lemah badan, hoyong/dizzy/pening).

Makanan yang perlu dielak / dikurangkan
 1. Minyak sayuran terhidrogen: majerin, butter minyak sayuran, lelemak sayuran (shortening), krimer bukan tenusu, krim, minyak sapi dicampur minyak sayuran, susu pekat manis, susu tepung mengandungi minyak sayuran.
2. Makanan yang ada minyak sayuran terhidrogen: kek, kuih / roti / biskut yang ada majerin, roti canai, nasi minyak, karipap, puff, coklat, potato chips, makanan segera, makanan ringan, makanan bergoreng yang rangup, serbuk kopi campuran, kopi segera 3 in 1, kopi all in one, kopi herba/kesihatan mengandungi krimer bukan tenusu, minuman berperisa coklat/malt mengandungi krimer .
3. Kurangkan penambah perasa makanan seperti kicap, sos.
4. Kurangkan garam, MSG yakni serbuk perasa, makanan masin, ikan masin, ikan / buah / sayur jeruk yang tinggi kandungan garam, makanan ringan, makanan yamg mengandungi bahan kimia/pengawet/perasa/pewarna yang tinggi.
5. Kurangkan makanan bergoreng & lemak, telur, organ dalaman ayam/daging, seafoods (ketam, udang, ikan bilis, sotong).
6. Jangan guna minyak goring lebih daripada 3 kali recycle.
7. Elakkan daging lembu, lemak dalam daging, daging kambing, kulit ayam.
8. Kurangkan ambil makanan diproses (highly refined foods) iaitu gula/tepung/beras putih , junk foods. Ganti dengan whole foods spt gula merah, gula melaka, tepung atta, tepung gandum whole meal, bijirin penuh, beras perang, beras rebus/parboiled, biji gandum, barli, rolled oat, minyak karotino, minyak zaitun extra virgin.

Makanan yang digalak
1. Buah, ulam dan sayur perlu diambil setiap hari 3 hidangan. Digalakkan makanan yang tak diproses/whole foods  yang kaya khasiat antioksidan, nutrient, mineral, serat, phytonutrient asli.
2. Makanan berserat wholefood seperti bijirin penuh, beras perang, beras rebus / parboiled rice, tepung gandum atta, tepung suji, biji gandum, biji barli.
3. Kekacang: kacang hijau, pulut hitam, kacang soya, dhal, kacang buncis, pea, kacang kuda
4. Sumber protein: ikan dan ayam kampung / organic.
5. Minum susu penuh krim / susu lembu asli dihadkan kepada 1 cawan selang sehari.
6. Bagi pesakit darah tinggi kronik yang tegar, boleh minum air limau nipis @ kesturi / asam jawa / cuka epal (1 sudu kecil/besar) 2 kali seminggu.
7. Lebihkan minum air kosong beralkali seperti air bukit, air bertapis, air telaga.

Rawatan (cadangan)
a). Pagi: Teh Durian Belanda Klasik / Teh Bidara Klasik / Teh Misai Kucing Plus / Teh Mahkota Dewa / Biosidr Drop - setengah sudu Teh Durian Belanda direndam dalam 1 cawan air panas, ditapis & diminum 3 hari berturut-turut. Selepas itu, minum  2-3x seminggu.  
b). Tengahari, petang, malam : Diakol Plus - 2 biji 2-3x sehari untuk 3 hari berturut-turut. Selepas itu, jika tekanan semakin stabil, kurangkan dos kpd  2  biji 1-2x setiap hari. Pada hari mengambil Teh Durian Belanda / Teh Bidara, kurangkan dos Diakol kepada 1-2 biji sehari. Digalakkan Diakol Plus diambil secara alternate day yakni selang-seli setiap hari dengan Teh Durian Belanda/Teh Bidara/Teh Misai Kucing Plus/Biosidr Drop.
c). Malam: Minyak zaitun extra virgin: 1 sudu teh / besar sehari. Boleh juga dibuat ditambah dalam makanan sebagai seasoning.
d). Nutrisauda Honey/ Madu Yemen/ Madu Tualang/ Madu Asli: 1 sudu besar setiap hari, dibancuh air suam.
e). Madu Bidara: 1 sudu kecil 3x seminggu. Atau Proimmunz 1 biji kapsul / suku-setengah sudu teh  2x seminggu.

* NOTA:
1. Selepas darah tinggi/kolesterol stabil, kurangkan dos dan kekerapan pengambilan Diakol Plus kepada 2 biji  2-3 x seminggu. Manakala Teh Bidara/Teh Durian Belanda boleh diambil bila perlu sahaja. Minyak zaitun perlu ambil setiap hari walaupun dah stabil.
2. Semasa kena serangan sesak nafas, sakit dada disebabkan peredaran darah/oksigen ke jantung terganggu: Ambil Madu Bidara setengah hingga 1 sudu kecil. Selepas 10 minit, ambil Madu Yemen/ Nutrisauda Honey/ Madu Asli  1 sudu besar + air suam. Selepas 10 minit lagi, ambil Minyak Zaitun extra virgin 1 sudu kecil. Sapu dengan menggosok secara lembut & perlahan menggunakan Gel Multipurpose/Minyak Bidara pada dada, belakang, lengan, perut, tapak kaki/tangan, betis, tengkuk, sepanjang tulang belakang, kepala ( sapu dgn Gel  Multipurpose).
3. Untuk pesakit jantung, lemah jantung : Ganti Teh Durian Belanda  dengan Teh Misai Kucing/ Teh Mahkota Dewa / Teh Bidara.
4. Untuk pesakit darah tinggi, bila sakit kepala. bahu & tengkuk, urat tengkuk/ bahu tegang : Ambil Teh Durian Belanda. Selepas 20 minit, ambil minyak zaitun 1 sudu besar. Minum air suam. Sapu Gel Multipurpose/ Minyak Bidara pada tengkuk, bahu, kepala, tapak kaki, betis, lengan.
5. Bagi pesakit 3 serangkai yakni darah tinggi, jantung & diabetes yang mengambil ubat hospital, insulin dsb: Ambil Diakol Plus pada kadar yang minimum cukup utk menstabilkan gula & tekanan darah seperti 1-3 biji sehari. Sentiasa pantau gula & tekanan darah agar tidak terlalu rendah atau tinggi daripda paras normal. Beransur-ansur kurangkan dos ubat hospital bila gula & tekanan darah semakin turun ke paras normal. Disamping itu tingkatkan dos Diakol Plus beransur-ansur.
6. Untuk jantung berlubang, pesakit jantung yg lemah, masalah injap jantung yg mengakibatkan tekanan darah rendah, badan lemah, pucat, kurang oksigen dalam darah: Ambil Madu Bidara setengah sudu teh 1x, Nutrisauda honey 1 kecil/sudu besar 1-3x sehari, Nutrishifax setengah sudu teh 2x, Nutrifud setengah sudu teh /1 kapsul  2-3x, Minyak Zaitun Extra Virgin setengah sudu teh 1x sehari.

Jumaat, 1 November 2013

KEMBALI KE RAHMATULLAH

KENALI ALLAH, KENALI AL-QURAN

Di bulan Ramadhan diturunkan al-Quran, yang menjadi HUDAN (petunjuk) bagi manusia dan BAINAT (bukti-keterangan yang menjelaskan petunjuk) dan FURQON (pembeza antara yang benar dengan yang salah) – QS 2:185

Al-Quran diturunkan Allah untuk 3 tujuan sebagaimana firman Allah.
1. HUDAN – petunjuk dengan nas-nas Allah
2. BAINAT – memberikan bukti-bukti nyata untuk memperkukuhkan petunjuk Allah
3. FURQON – sebagai pembeza dalam meneliti bukti tentang kebenaran petunjuk.

HUDAN ialah petunjuk (hidayah). Yang dimaksudkan dengan hidayah ialah kekuatan untuk membuat keputusan hidup kita iaitu keputusan-keputusan yang selari dengan kehendak al-Quran. Setiap hari kita melalui keputusan yang penting dalam menentukan hala tuju hidup kita. Keputusan untuk beramal, keputusan dalam berakhlak.. semua ini adalah medan-medan usaha yang menuntut kita berdoa supaya mendapatkan keputusan terbaik untuk mencari REDHO Allah (mardhotillah).

Setiap hari kita bersolat minima 5 kali sehari dengan lafaz doa memohon petunjuk Allah..memohon membuat keputusan hidup dari Allah, memohon Allah menunjukkan kepada tindakan yang tepat mengikut kemahuan Allah mengikut landasan agama dalam aktiviti harian dalam mencari TAQWA kepada Allah. Itulah taqwim (jadual) yang perlu kita penuhi sedari awal bangun pagi hingga kembali ke pembaringan. Allah telah susun jadual kita agar mengikut perintah dan landasan agamanya, dengan petunjuk Allah.

17 kali kita ulang baca dalam solat, IHDINASSIROOTOL MUSTAQIM! (1:6) sehari lima kali. Sungguh-sungguh kita pohon supaya Allah terbitkan dalam hati kita supaya KEPUTUSAN yang kita buat seawal bangun subuh itu adalah tepat, betul dan matang dalam kita mengendali tindakan-tindakan untuk menangani taqwin ibadah harian kita.

Dalam solat, tanpa jemu kita memohon petunjuk dari Allah supaya tunjukkan kami ilmu, penghayatan dan amal yang istiqamah (al-Fatihah:6). Bagaimana solat kita seorang diri, tapi kita memohon doa kami, 'ihdinassiroot" bukan aku, "ihdissiroot"? Itu supaya doa kita menghimpun diri kita, isteri kita, suami kita, anak-anak kita, keluarga kita dan masyarakat kita supaya diberi petunjuk dari Allah. Itulah kuasa solat yang setiap hari kita pohon pada Allah supaya kita kekal dalam landasan agama-Nya jauh dari kesesatan, persimpangan, kegagalan, kelalaian dan kefaqiran ilmu untuk hidup di dunia.

Malangnya hanya sedikit dari kita yang memahami keperluan doa ini dan bersungguh-sungguh membacanya dengan hati yang tunduk pada Allah. Kalau memahami saja dah tak mahu, apa lagi kalau tinggal terus doa ni! – jauhnya kita tinggal Allah.. bagaimana nak harapkan Allah untuk bantu kita dalam waktu-waktu sukar dan susah. Kita sendiri yang menjauhi hidayah Allah. Jangan salahkan Allah bila kita dulu yang tak mensyukuri HIKMAH doa.

BAINAT – al- quran ini bukti yang memperkukuhkan lagi macam mana hendak buat keputusan untuk membuat tindakan yang tepat. Ketika Allah berikan petunjuk, andai kita masih ragu-ragu nak buat keputusan.. masih bersangka-sangka dengan andaian. Maka Allah bagi kita quran untuk menghilangkan segala keraguan, bukti jelas dengan ayat-ayat Allah.

Orang yang mempunyai kefahaman yang SOLID akan membuat keputusan yang betul. Bila ada masalah kita selalu ragu-ragu dan mengeluh. Masalah bukan untuk dikeluh, ditangisi, diratapi dan sekadar dikongs! Masalah untuk diurus dan mengurus masalah memerlukan tindakan yang berani dengan mengambil keputusan-keputusan hidup.

Allah jadikan al-quran ini sebagai mukjizat yang penuh dengan kisah-kisah nabi, mempunyai bukti-bukti yang jelas lagi benar akan perihal umat terdahulu untuk diambil iktibar dan ibrah supaya kita juga mengambil keputusan yang selari dengan kehendak agama dalam mengurus masalah, emosi, dan hati.

Nabi Musa dengan mukjizatnya membelah laut, orang yang mengikut mukjizat dia akan selamat,orang yang ikut nabi Musa melintasi laut selamat. Mereka yang ingkar dibinasakan Allah dengan ditenggelami laut.

Nabi Nuh dicabar anaknya dengan panjat ke gunung dan tempat tinggi untuk lari dari kebinasaan banjir bencana Allah. Nabi Nuh ajak anaknya ikut naik ke bahtera, tapi anaknya ingkar! Menolak mukjizat nabi Nuh sedangkan Allah kata mukjizatnya adalah bahtera, yang ingkar naik ikut ke dalam bahtera Allah binasakan kerana tidak mahu ikut mukjizat Allah.

Nabi Muhammad ni Allah bagi al-quran sebagai mukjizat yang sehingga hari ini ada depan mata, dalamnya ada perintah SOLAT tapi kita tinggalkan arahan Allah ini, maka binasalah kita kerana meninggalkan mukjizat Allah. Jadi teliti diri semula, bagaimana kita dengan Allah, hubungan kita dengan al-quran yang memandu kita kepada Allah.

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.2:195

Janganlah kita sengaja mencari kebinasaan, SOLAT itu tiang agama, bagaimana kita mahu menegakkan agama Allah kalau asas dan tiang batang tubuh sendiri pun kita dah lagho dari menghadap Allah.. jauh dari Allah?? Allah tanya kita dulu:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).2:214

Nak minta tolong Allah, hanya melalui solat. Kalau kita hanya mengejar dunia dan mengatakan Allah itu zalim dan langsung tidak memandang kita. Sebenarnya ego, bongkak, sombong dan benci pada Allah itulah yang menjarakkan kita dengan Allah. Lagak bodoh sombong yang merasakan kita lebih pandai dari Allah yang menjauhkan Allah hari demi hari. Sedangkan dalam sehari 5 kali Allah bagi peluang kepada kita memohon pertolongan. Kalau kita tidak seru pertolongan pada Allah, bagaimana Allah mahu memberi??

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.1:5

SOLAT yang kita laksanakan, kita ratapi, kita sujud dan tunduk malu sehingga sanggup rendahkan ego, bodoh sombong dan sifat bongkak sehingga meletakkan kepala lebih rendah dari buntut kita, hanya sanya untuk mengESAkan Allah kerana hanya kepadanyalah kita SEMBAH dan selayaknya kita pohon pertolongan. Solat itulah menifestasi doa kita kepada Allah. Ritual yang menyerah diri bulat-bulat kepada Allah dari soal hidup dan mati, soal ibadah dan rezeki dan segalanya berasal dari solat.

ALLAH SOAL KITA LAGI DALAM QURAN:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Sabarkah kita? Cukupkah sabar?.. janganlah meletakkan batasan sabar. Kita selalu cakap, sabar kita ada hadnya? Adakah betul itu hadnya? Boleh lagi kita bersabar. Sehingga tahap itu sajakah HAD sabar kita??

APA ITU SABAR?

SABAR itu "move forward and take necessary ACTION!" – pandanglah ke depan, bukan lagi mengeluh, meratap, menangis, mengadu dan bersedih TAPI mengambil tindakan! KEPUTUSAN! Membuat sesuatu yang perlu – dengan PETUNJUK Allah tadi berserta FURQON – penilaian yang matang dan hikmah lagi bijaksana!

FURQON – bila al-quran tadi dah jadi petunjuk, dengan bukti-bukti yang jelas maka furqon inilah yang menerangkan mana yang BETUL dan apa yang SALAH sehingga kita matang dalam membuat keputusan yang betul! Kita dapat bezakan yang mana yang benar dan salah.

Fahami Allah, kehendak Allah dan tujuan serta matlamat ubudiyyah kita kepada Allah. Islam ini agama ilmu, agama nyata, maka hebatnya Islam itu adalah kerana kenyataannya, bukan silap mata. Kalau kita harapkan segala masalah ini selesai dengan sekelip mata, tanpa sebarang usaha, tanpa melalui susah payah. Maka teruslah kita mengharapkan magik dalam kehidupan harian. Adanya lampu ajaib untuk mengeluarkan bantuan dari apa-apa yang menghadirkan impian menjadi kenyataan dalam satu malam!

Ibarat mencari lailatul qadar, berpuasanya tidak, bersolatnya tidak tapi bersungguh mahukan 1000 bulan yang kita sendiri tak tahu apa yang ada dalamnya! Doa itu satu kata SERU, jadi ada kaitan dgn dakwah. ALLAH seru kita supaya berdoa dengan harapan agar kita menyeru kepada Allah untuk beri hidayah kepada kita..

Kembalilah kepadaIHDINASSIROOTOLMUSTAQIIM tadi. Bila sudah dapat hidayah itu, kita lakukan tugas kita mengikut arahan petunjuk itu dengan istiqomah. Baru terhasil penyelesaian secara bainat nya dan itulah yg paling nikmat. Kita dapat rasa Allah memimpin kita sampai begitu rupa. Itu cara Allah makbulkan doa, menunjukkan kasih sayangnya, membalas rasa syukur hamba-hambanya dan itulah sebab ia perlu buat di dalam solat.

Kredit: http://prihatin.net.my/v3/2013/10/31/luahan-pembaca-kembali-ke-rahmatullah/
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Khamis, 6 Jun 2013

99 PERKARA PELENGKAP IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

http://www.facebook.com/pages
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone