5hb yang lalu, aku menjalankan tanggungjawab sebagai anak pertama dalam keluarga aku setelah ditinggalkan abah untuk selamanya. Aku menjadi wali menikahkan adik perempuan aku. Tapi, aku mewakilkan pernikahan tersebut kepada Naib Kadi agar urusan ijab kabul berjalan dengan lancar.
Pengantin perempuan
ALHAMDULILLAH, segalanya berjalan dengan lancar. Selesai upacara pernikahan, aku terus menjadi ketua menyambut tetamu yang datang ke kenduri perkahwinan pulak. Pengalaman yang menyeronokkan. Sehingga jam 2.00 petang, aku melayan tetamu yang datang. Paling mengejutkan aku serta lain2 tetamu apabila YB Dato' Hj Tajuddin sudi hadir meraikan Majlis Perkahwinan adinda aku.
Jutaan terima kasih buat semua para jemputan yang hadir bagi memeriahkan Majlis Perkahwinan tersebut. Aku masih punya seorang lagi adik perempuan tapi masih bersekolah. Untuk majlis dia nanti, Insya Allah aku dah punya pengalaman. Kalau boleh, aku sendiri nak menikahkan dia nanti. Jika dengan izin Allah.
Apa yang pasti, Majlis ni pasti lebih meriah jika arwah abah ada. Beliau pasti sibuk. Senyum pasti senantiasa terukir dibibirnya. Tak kurang juga jenaka beliau dengan tetamu yang hadir. Al Fatihah buat arwah abah. Maaf jika anakanda tidak mampu menjadi ketua keluarga yang baik, sebaik abah.
Moga pasangan pengantin *FAEZAH & MUHSIN* kekal bahagia ke akhir hayat... amin
.jpg)
Kepenatan selepas melayan tetamu...
0 ulasan:
Catat Ulasan